Friday, November 9, 2012

Problems Don't Always Bring Sorrows


Alhamdulillah.. feeling grateful and thankful to Allah for giving me another chance to live in this world as a strong wanita. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


I thought when I am somewhere, I won't be facing any problem. In fact, there's a lot more. Well, betul kata orang, Allah itu menguji dalam kita sedar atau tak sedar. Actually, all these problems that I'm facing make me feel that I'm stronger, yet bold. In other words, make me feel more protective towards my dearest and nearest ones. Alhamdulillah, say Alhamdulillah each time you are having problems. That's a greatest therapy for us all the time.



Alhamdulillah dapat jugak menghirup cool blog sebentar ye.


Nak kata aku ini ustazah, bukan.. Alim ulama', jauh sekali. Tetapi aku rasa bersyukur kerana aku masih ada kekuatan dalam diri ini. Terima kasih Allah! Aku ni banyak kekurangan, maka aku berdoa semoga aku diberi kekuatan untuk berubah, walaupun bukan secara drastik, tetapi perlahan itu sudah cukup memadai...asalkan istiqamah... Bagi sesiapa yang asyik tekanan, ingatlah, bahawa ada yang lebih teruk dari apa yang kita hadapi sekarang. Bila kita di atas, sesekali lihatlah yang di bawah. Waktu tu barulah kita sedar kita tidaklah seteruk yang kita sangkakan sebab ada yang lebih teruk di bawah kita nun.



Okay, orang tentu bosan dengan blog aku yang entah apa-apa ni. Maaf jika ada bahasa yang rosak, tiada niat sama sekali. Recently, aku ada satu sad news. Kucing aku yang comel macam harimau tu baru je kembali ke rahmatullah lebih kurang dua minggu lepas kot. Atet nama dia. isk isk. Sedih memang sedih. Tapi hidup ni harus diteruskan jua. Meh aku tunjuk muka arwah sebagai tatapan buat kenang-kenangan. 




Semoga engkau bahagia di alam sana. muah muah ! :'(






Sunday, September 30, 2012

Warkah untuk calon suami ku ...


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ke hadapan calon suamiku...

Apa khabarnya dirimu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali dunia yang fana ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?

Wahai calon suamiku...

Kadangkala aku tertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku, bahagian terlemah dalam diriku. Namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi lebih kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memilikiku sebagai surimu, menemani hari-harimu.

Calon suamiku yang dikasihi...

Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah juga menyayangimu sebagaimana Dia menyayangiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga kelak kita bertemu, aku berbangga memilikimu sebagai suamiku, menemani hari-hariku. Apa yang aku harapkan daripadamu adalah kesolehan, bukan harta, bukan juga kesempurnaan paras rupa. Kerana apabila kesempurnaan paras rupa yang aku harapkan daripadamu, aku tahu hanya kesia-siaan yang aku dapatkan.

Wahai calon suamiku...

Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan ibuku, tidak lain doaku agar sentiasa menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi jika Allah dan Rasulullah yang lebih engkau cintai berbanding diriku, aku rela.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah, “Aku minta pada Allah sekuntum bunga yang wangi dan segar, namun Dia memberiku sebatang kaktus berduri. Aku minta pada Allah seekor haiwan yang kecil dan cantik, namun Dia memberiku seekor ulat. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.




Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik. Itulah Allah. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.”

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan meski bukan seperti yang aku harapkan.


Calon suamiku yang dirahmati Allah...

Apabila hanya sebuah pondok kecil menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia pondok derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah jika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Jika kelak lahirnya generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantulah aku menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah, mendidiknya dengan harta yang halal dan dengan ilmu yang bermanfaat.

Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam hidupku. Aku juga sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidak-tidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku...

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, begitu juga diriku yang akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku menghembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thursday, August 23, 2012

Sedih kan?

Assalamu'alaikum WBT...
Salam 6 Syawal 1433H... bulan yang penuh berkat...


Sedih bila kita tak mampu jadi apa yang kita mahu jadi kan?
Sedih juga bila orang yang kita sayang tak tahu betapa kita sayang kan dia...
Sedih juga bila mak ayah kita tak beri kita apa yang kita nak...
Sedih juga bila kita tak mampu buat apa yang kita nak buat...
Sedih juga bila result peperiksaan kita jauh dari yang kita expect...
Sedih juga kan bila kita tak berjaya macam orang lain...
Sedih juga kan bila ramai orang yang kutuk keji kita macam-macam...
Sedih juga kan bila si dia selalu tak ada masa untuk kita...
Sedih kan bila gaji kita tak setimpal dengan apa yang kita dah buat...
Sedih kan bila kita terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang...
Sedih kan? Sedih kan bila kita selalu rasa diri kita adalah insan yang paling malang dan kecewa di dunia...

TAPI.....
Pernah tak kita sedih bila dapat bunga/hadiah dari si dia?
Pernah tak kita sedih bila mak ayah kita berikan kita hadiah yang tak di sangka-sangka.. iPad misalnya...
Pernah tak kita sedih bila kita dapat markah lebih baik dari orang lain?
Pernah tak kita sedih bila Allah bagi kita ketenangan dan kebahagiaan?
Pernah tak kita sedih dan menangis masa kita sedang gembira?
Pernah tak kita sujud syukur pada Allah atas nikmat yang kita dapat?
Pernah tak kita sedih sebab kita dapat sambung belajar diploma,ijazah atau sarjana?
Dan atas dari segalanya...
Tidak pernahkah kita rasa sedih kalau-kalau Allah dah lupakan kita dengan berikan kita nikmat yang melimpah ruah sampaikan kita senang alpa pada Nya??
Agak-agaknya lah kan...kalau kita dapat tahu bahawa ketika kita hidup di dunia sambil bergelak ketawa tiba-tiba kita tahu bahawa tempat kita di neraka paling bawah...adakah kita masih akan bergelak ketawa tak ingat dunia?
Alangkah sedihnya kan? :')

# sekadar renungan bersama di Hari Jumaat Sayyidul Ayyam 

Thursday, June 14, 2012

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci...


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.


Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisikan telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan... Cintai, sayangi... Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"


Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.


Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.


Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata Ustaz Azhar Idrus: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"


Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu nampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu nampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah, bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.


Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU.. ='(

Thursday, February 9, 2012

LIMA Perkara Yang Wanita Ingin Dari Lelaki



MASA DEPAN

Wanita ingin merasa dirinya penting. Jika mereka dah betul-betul serius dalam sesuatu hubungan, mereka ni tak akan berhenti merancang masa depan diorang. Complete dengan nama-nama anak dan rumah idaman. Jadi, korang patut luangkan lebih masa dengan diorang ni. Tapi korang kena jugak bagi kebebasan kat diorang luangkan masa untuk keluarga dan kawan-kawan diorang.



KEJUJURAN

Wanita akan selalu meragui pasangannya disebabkan takut ditipu atau terlebih yakin. Lelaki patut jawab semua pertanyaan mereka meskipun itu soalan remeh seperti “ U rasa I ni makin gemuk ke?’, “dia tu lagi cun dari I ke ?“. Biarkan wanita tahu apa yang korang fikir sebab wanita akan lebih konfiden dan bangga dengan pasangan diorang kalau mengakui apa yang tak kena atau apa-apa je yang menganggu diorang.



RASA SELAMAT 

Korang tak perlu lah sampai bina badan untuk buat wanita rasa selamat. Selamat di sini bermaksud selamat dari segi kewangan, emosi, ataupun kebimbangan. Jadi lebih matang dan pertahankan dia. Biar dia tahu yang korang boleh buat keputusan dan tegas dengan keputusan tu. Kebanyakan wanita suka bila pasangan diorang sentiasa memimpin dan ada cara untuk melindungi diorang. Sentiasa bersama dengan diorang dalam keadaan yang sukar walaupun masalah tu berpunca dari diorang.



KASIH SAYANG


Semua wanita suka dijaga dengan baik dan dilayan secara istimewa. Korang patut periksa keadaan kekasih korang dari masa ke semasa walaupun tanpa sebab.Sentiasa lawati diorang walaupun diorang tak sakit dan luangkan masa untuk dia seperti masakkan makanan peveret dia ataupun baiki barang-barang dia, Wanita yang membesar tanpa ayah biasanya akan cari pasangan yang lebih tua sebab diorang perlukan lebih perhatian dan jagaan.




KEJUTAN


Kadang-kadang wanita mengharapkan terlalu banyak dari lelaki sebab tu diorang selalu kecewa. Sesekali buat lah kejutan (bukan kejutan elektrik) yang dia tak jangka akan ceriakan dia serta buat dia rasa lebih disayangi. Ini bergantung pada daya kreativiti korang lah.


Wanita ni sememangnya berbeza dari lelaki tapi sama ada lelaki atau wanita, kita semua ingin disayangi kan? Kadang-kadang perkara yang paling kecik pun boleh buatkan perbezaan yang besar.

Sunday, January 22, 2012

Let God Let it Go...


…sometimes, when you give up on someone, it’s not because you don’t care anymore, but rather because you realize they don’t.

Surat Untuk Engkau

Aku belum pernah lagi menulis sepucuk surat cinta yang unggul, yang nantinya akan mensyahdukan hati yang isi dan maknanya ditujui. Ia satu impian yang seringkali tersorok jauh dalam lubuk hati, yang kadangkala membuak-buak memercikkan perasaan yang selamanya tersimpan dalam seketul hati yang banyak memainkan peranan. Ah! Kenangan… selamanya ia akan tersisip kemas dalam ketulan itu, dan bila mana masa belayar, maka yang kelam jadi terang, yang kelabu jadi merah jambu.

Aku memang terlalu ingin melakarkan perasaanku ke atas lembaran penuh rasa cinta untuk engkau yang selalu ku rindu. Namun, entah bila dapat ku tunaikan hajat yang menggunung dan berapi ini. Entah bila lahar angau dapat dimuntahkan. Entah bila dapat ku yakinkan dikau betapa cintaku luhur, hanya untuk engkau, yang hadir bagai jawapan buat doa yang ku panjatkan. Memang aku pengemis, tanpa malu, aku akui. Pertama sekali akulah pengemis kasihnya Ilahi. Saban waktu aku mengharapkan pertolonganNya, aku mendambakan kasih dan rahmatNya. Tanpa malu-malu aku menadah tangan meminta itu dan ini daripadaNya. Ilahi ya Rabbi, Dialah Yang Maha Mengerti apa mahuku. Hanya kepadaNya aku berserah dan memohon perlindungan. Aku pernah meminta kepadaNya, agar dipertemukan dengan orang yang begini-begini. Dan Yang Maha Kuasa telah menerbitkan suatu rasa asing yang tak pernah ku alami terhadap insan lain. Suatu rasa aneh, yang dalam dan masih berpanjangan, alhamdulillah sehingga kini.

Dan aku telah memohon kepadaNya Yang Maha Pengasih, agar Dia suburkan rasa kasih dan sayang itu selagi nyawaku masih dikandung badan. Tamakkah aku kerana meminta-minta agar rasa itu subur mekar? Berdosakah aku mengharapkan agar Dia Yang Maha Penyayang memberkati kita dengan sebuah hubungan yang halal? Kerana aku ingin bersamamu merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Aku ingin bangkit bersamamu menuju kejayaan. Aku ingin berikan kasih sayangku kepada engkau selalu ku sebut dalam doaku. Izinkan lah aku memanggil mu kekasih…

Telah ku pasti engkaulah jawapan buat doaku. Justeru, aku menjadi pengemis cintamu. Aku mengemis kasihmu yang ku tahu terlalu mahal buatku. Maafkan aku seandainya engkau rimas dengan perakuanku. Maafkan aku kerana menyintaimu sepenuh hati. Dan rasa ini tidak pernah ku alami sebelum ini. Ia mungkin pelik, namun ia tulus.

kerana aku percaya, dalam menyinta, it's all or nothing.