Monday, July 29, 2013

Sampai Bila ?


Apa nak jadi dengan aku ni? Aku sendiri pun naik runsing fikirkan pasal diri aku. Ingat ada orang yang nak tumpang fikirkan pasal hidup aku? Memang tak la kan. Hampir setiap malam aku terasa hati, seminggu paling tidak 7 kali, memang tiap malam la. Tapi masih lagi aku berdiri, masih lagi aku menanti, masih lagi aku tak nak berhenti. Gila kepala otak kau la kalau anggap benda tu semudah ABC. Aku tahan dah bagai nak rak, orang lain masih lagi mengulang cerita yang tak ada erti. Mata aku terpampang segala situasi, orang lain sebutir haram pun tak reti. Kalau ikutkan memang nak aje aku potong dia biar senang sikit jalan aku ni.


Macam nak pecah dah kepala. Satu malam demi satu malam benda yang sama, nasib baik la siang tu umpama satu terapi perubatan untuk aku siapkan diri malam nanti.  Kau ingat sedap sangat makan hati? Kalau makan hati banyak sangat boleh kena gaut tau tak? Walaupun bukan 'killer disease' tapi itu dalam kategori 'painful disease'. Maknanya walaupun tak mati tapi menyeksakan. Nak kata seksa tu, heh, dah macam makanan ruji aku la. Ni yang kat dalam ni dah jadi lali dengan semua tu, tinggal tak pecah je lagi.


Aku takkan cerita apa sebabnya, aku pun taknak cerita apa puncanya, tapi kalau bijak, kau sendiri pun faham keadaan tu. Bila difikirkan memang letih jugak aku macam ni. Bukan senang nak hadap benda macam ni. Kalau tak kuat iman silap haribulan ada yang bunuh diri, ataupun bunuh orang. Kalau ikutkan hati, aku macam nak lari je dari semua ni. Tapi aku ni pegang pada janji, taknak sampai satu masa aku ni dikatakan lari dari tanggungjawab. Kalau aku dah pegang, sampai mati pun aku takkan lepaskan.



Atas sebab tu la aku tak putus berdoa, tak henti bertahan, tak lena tidur memikir. Selagi ada hayat ni aku tetap teruskan, biarpun satu hari nanti aku terlentang mati tengah jalan. Kalau berusaha tu biar sampai mati sebab hidup ni hanya sekali. Jangan asyik persoal 'sampai bila?'.


"Berundur bukanlah caranya, akan aku pastikan semua itu menjadi nyata, dan bukan sekadar omongan kosong sahaja."