TRUTH,
kebenaran, selalunya saling digunakan untuk melindungi suatu penipuan
yang lain. Namun tak semua penipuan itu terselindung oleh kebenaran.
Kedengaran agak abstrak namun kenyataannya tetap tersurat dalam setiap
bait-bait ayat yang akan diatur seterusnya. Dalam mengharungi setiap
kebenaran dalam kehidupan, kita seringkali akan berdepan dengan satu
penipuan, ketidak nyataan yang terlalu halus untuk diperbahaskan dalam
keadaan yang agak tertekan. Tak semua penipuan itu salah walaupun
kenyataannya ianya tetap satu dosa, dan tidak semua kebenaran itu
melegakan kerana ada sebahagian dari kenyataan itu sangat menyakitkan.
Aku lebih rela mendengar suatu kebenaran yang menyakitkan dari menjadi
bahan penipuan sepanjang hayat dalam hidup ini. Satu kebenaran yang
menyakitkan sebenarnya merupakan suatu ubat kepada kesakitan itu
sendiri.
Ternyata memang tak semua perkara harus kita khabarkan kepada setiap orang dan tidak juga setiap orang itu harus tahu setiap inci mengenai diri kita, walau sejauh mana rasa kasih, sedalam mana rasa sayang terpahat dalam diri. Mungkin ramai yang menolak untuk menerima kenyataan yang menyakitkan kerana bukan sekali aku mendengar ayat-ayat sebegitu, namun aku masih lagi tetap berpegang teguh dengan pendirian aku bahawa setiap satu perkara yang benar-benar suci yang diinginkan oleh diri kita, haruslah dimulakan dengan kejujuran. Tanpa kejujuran, biarpun kenyataannya menyakitkan, tak mungkin suatu hubungan itu akan berjaya.

Aku
mengaku memang aku agak pantang bila ditipu walaupun dengan hal yang
kecil. Dari situ aku menekankan hal kejujuran dalam setiap perkara. Biarpun ada kemungkinan aku akan meletup seketika namun
aku cuba beratkan dari sudut kejujuran. Aku tak kisah kalau diberitakan
suatu rahsia yang mengejutkan diri aku sendiri tapi untuk melindungi satu
perkara tersebut merupakan satu kesilapan yang besar. Aku memang seorang yang
suka mengorek rahsia, menyimpan rahsia dan menilai setiap perkara, dan
tidak mustahil suatu penipuan itu aku akan dapat tahu sendiri. Setiap
perkara yang terlindung itu, lambat laun akan terbongkar juga, jadi
adalah lebih baik berterus terang daripada menyimpan rahsia dan
melindunginya dengan kenyataan lain.
Simpan
rahsia dan melindunginya dengan kenyataan bodoh yang lain. Aku dah biasa
sangat hadap keadaan seperti itu. Terus terang aku katakan bahawa aku memang cukup benci
dengan penipu tapi kebencian aku lebih kepada orang yang terlalu
berahsia. Kalau dah kenyataan, mengapa mahu diselindung? Tak perlu nak buka cerita lain untuk tutup cerita yang lain. Sekali kenyataan tu
dah terbukti, memang aku akan menjadi tertekan. Tekanan yang aku terima dah cukup banyak, aku dah tak sanggup nak menahan tekanan selain dari
yang sudah sedia aku terima. Letih, penat, kecewa, menyampah,
mungkin perkataan-perkataan yang sesuai digunakan untuk aku gambarkan
keadaan aku tatkala terhantuk dengan situasi sedemikian.
Maaf.
Aku tidak mengatakan bahawa seseorang yang rapat dengan aku sekarang ni
menipu aku tapi aku tak tahu kenapa dalam keadaan macam ni aku terasa
ada sesuatu yang terselindung. Perasaan ingin
tahu dalam diri aku ni sangat mendalam namun dek kerana sifat alami aku
yang agak pendiam maka aku kebiasaanya akan mendiamkan diri dan cuba
melupakan perkara tersebut. Dan biasanya aku akan gagal mengalihkan
perhatian aku dari perkara tersebut. The truth is, i still can sense some lies in every truth she tells me and i don't know why. Mungkin perasaan aku sedang menguji akalku sendiri. Tak siapa tahu.
*please...no more hiding*