Friday, January 2, 2015

#20Fakta


Sekarang tengah demam apa ntah kat insta. Tak abis-abis dengan heshtek #20factsaboutme.
Disebabkan dah terlalu lama aku tak menulis pastu sekarang ni aku boring melampau tak ada hapa nak buat, maka aku tepek la jugak 20 fakta ni kat sini. Ada jugak kerja. Jemput la jamah aduinyapuin.


Chak!! Ok tak spek yang aku pinjam ni? ok kan?


1. Aku antara rakyat Malaysia yang tak suka baca buku.


2. Take time untuk sesuaikan diri dengan orang. Mula-mula aku akan jadi pendiam/awkward, lepas tu kau kenal la aku siapa.


3. Seni ialah “ecstasy” / pil kuda / heroin / steroid aku.


4. Aku Suka tengok perempuan cantik atau lelaki hensem. Kalau tengah lepak ke, jenjalan kat mall ke, beratur nak beli tiket wayang ke kalau ternampak je orang cantik or hensem, mesti curi-curi pandang sampai orang tu hilang dari pandangan. Kalau orang yang aku tengok tu tengok aku balik, aku akan buat-buat pandang lain.


5. Senang sangat nangis. Kalau sakit hati, nangis. Kalau sedih, nangis. Rindu orang, nangis. Sayang sangat kat orang, nangis. Rasa tak mendapat perhatian, nangis. Haha


6. This is my peberet nombo.


7. Aku ada alergik. Alergik asap rokok. Bila bau asap rokok automatik “trachea” aku rasa loya, “pancrease” aku jadi tak selesa.


8. Tak reti drive. Mungkin aku dijangkiti sejenis penyakit drivo-phobia sebab pernah bawak kereta abah sampai langgar pokok durian. Kalau durian tengah meriah kat atas pokok masa tu aku tak rasa aku hidup lagi sekarang.


9. Kalau ada orang yang aku tak suka / annoying, aku akan terus block je. Senang. No communication, no heart broken.


10. Aku obses dengan apa-apa yang aku rasa comel. Especially kucing. Jangan pelik kalau nampak aku borak dengan kucing. Tu tabiat aku.


11. Susah nak ingat jalan. Kena pegi tempat yang sama sekurang-kurangnya 10 kali baru boleh ingat.


12. Aku terror masak. Tapi telur dadar je.


13. Aku suka makan tapi malas masak. Selalu harap jiran-jiran sebelah je hulur lauk. Pastu nanti aku balas la dengan telur dadar special aku.


14. I always found lelaki with janggut is so handsome. Tak tahu kenapa.


15. Aku ada sindrom suka tengok orang senyum dan gelak. Even strangers pun aku boleh tenung lama tengok dia gelak. Orang ingat aku saiko. Dulu masa sekolah, budak-budak laki selalu salah paham dengan sindrom aku ni. Diorang ingat aku tenung sebab aku nak ngorat. Ah hensem tapi bulu dada penuh pun tak berguna. Tak hengen.


16. Pernah rasa marah kat orang sampai tahap baling henpon kat dinding. Pastu menyesal sebab takde duit nak beli henpon baru. Pastu tak malu ambik henpon abah buat macam harta sendiri.


17. Aku suka “observe” macam mana cara orang berfikir. i’m not judging, i’m observing.


18. Aku tegas menyangkal pendapat, “belajar tinggi-tinggi, masuk u bagus-bagus, dapat result gempak, that’s the only way nak berjaya.” Kemonla, Bill Gates does not need any PhD untuk jadi dia yang sekarang. Gagal akademik tak mesti gelap jalan hidup.


19. Jam tangan yang aku pakai sekarang ni cepat 23 minit sebab ini je satu-satunya cara yang membantu aku supaya tak lambat “sangat” ke tempat kerja.


20. Aku sangat bercita-cita nak jumpa Aaron Aziz satu hari nanti . hahhahahahahhahahahaha..


Saturday, August 16, 2014

Cepat ! Jangan Jadi Malas . Pemalas punya orang . Nak maju tapi tanak usaha !



Takkan tercapai hasrat jika memang malas. Perasaan malas tu perlu dibendung agar tidak mengganggu prestasi hidup, sama macam sekarang nilah.
 

Entah kenapa akhir-akhir ni terlalu malas. Tahu benar bahawa diri ini amat memerlukan pencapaian yang benar-benar jitu, tapi masih jua dengan sifat pemalas.
 

Ingat ini wahai diri sendiri. Kerja mesti disiapkan juga walaubagaimana sekalipun. Jangan jadi pemalas. Jangan jadi pasif. Jangan jadi bodoh. Siapkan tugasan apabila diberikan. Mulakan sesuatu untuk menjamin hidup yang lebih mantop. Sampai bila-bila takkan maju jika masih begini. Faham?!






Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas.

Saturday, January 4, 2014

Takut Akan Masa Depan



Bagi aku menulis blog ni semacam satu terapi buat diri aku. Setiap kali ada masalah, berdepan dengan suatu keadaan yang buntu, dengan buang masa merapu dalam blog ni la buatkan hati aku tenang sikit. Sikit sebanyak tu ada la bagi perubahan dalam diri aku walaupun impaknya tak berapa ketara pada mata kasar. Soal hubungan, soal hidup, soal hati, soal politik, soal masa depan, semua aku campak dalam this crap hole. Bercakap pasal masa depan, ada sesetengah orang yang terlalu takut berdepan dengan masa depan. Ada yang takut nak keluar dari rumah, ada yang takut nak sambung belajar, ada yang takut nak jumpa orang, ada yang takut nak kenal orang, dan jangan terkejut sebab ada yang takut nak jadi dewasa (malas nak kerja, malas nak pegi tempat kerja, malas nak kahwin, malas nak ada anak, malas nak bercucu, malas itu, malas ini, dan sebagainya). Dan semua benda tu sebenarnya berkait rapat dengan takutnya orang kepada masa depan. Takut keluar rumah sebab depan rumah ada longkang, nanti jatuh. Takut jumpa orang sebab orang sekarang tak boleh percaya, mana tau pembunuh. Takut nak pergi sekolah sebab dengar dari jiran sebelah anak dia kena cubit sebab tak siap kerja yang cikgu bagi. Takut nak bercinta sebab dulu dah pernah putus cinta, sakit macam nak mati. Takut nak makan ikan sebab ikan banyak tulang. Senang cerita, kalau penakut sila gali lubang dalam-dalam pastu duduk dalam tu tak payah keluar! Hidup ni kan ada cabaran dan pelajaran setiap hari, bomoh tilik mana yang berani ramal tarikh mati kita? Dukun siam mana yang berani bagitau apa akan jadi pada jam 6.05 pagi esok di Burma? Pawang mana yang berani bagitau nasib esok hari, lusa hari, tulat hari, dan hari-hari? Jadi jangan pandai-pandai berani-berani nak jadi bomoh, jadi dukun, jadi pawang yang boleh ramal apa akan jadi di masa depan.

Semalam, hari ini dan esok?

Semalam merupakan sejarah dalam hidup setiap orang. Semalam tu merangkumi dari bangun tidur, sapu muka, gosok gigi, mandi, pakai baju, makan, jalan-jalan, kerja, jumpa orang, cakap-cakap, melompat, merapu, menulis, dan lain lain. Senang cerita sejarah tu akan berlaku atas setiap benda yang pernah kita buat walaupun baru 2 saat tadi. Peristiwa hari ni pulak, yang sedang kita buat, bakal menjadi sejarah untuk hari esok, 3 minit lepas, 3 saat lepas, dan akan tetap jadi sejarah. Hari esok merupakan satu cabaran baru dalam hidup, terpulang kepada kematangan kita untuk hadap hari esok walau seberat mana, walau sesusah mana, walau seperit mana kita bakal jangkakan. Askar yang berperang pun akan tetap keluar berperang walaupun tahu dia bakal dihujani peluru. Seorang model pun akan tetap keluar bekerja walaupun tahu dia hanya perlu tersenyum depan kamera. Jadi seberapa yakin kita dengan hari esok? Macam mana kalau askar tu keluar je dah merdeka macam cerita Sarjan Hassan tu? Macamana kalau model tu tiba-tiba kena electric shock macam cerita CSI? Takde sorang pun yang tahu apa akan jadi esok, jadi jangan senang-senang dengan mudah nak letak penghakiman.


Pengalaman, masa depan...

Melalui sejarah samada hari semalam, dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, kurun lepas, zaman firaun, tahun gajah, kita boleh belajar untuk menghadapi masa depan. Pengalaman mengajar dan mendewasakan kita, tak dinafikan kenyataan itu. Namun ada jugak pengalaman yang tak mendewasakan seseorang, bukan salah pada sejarah tapi pada cara pemikiran dan tanggapan orang yang mengalaminya. Ada yang menganggap apa yang pernah terjadi, kalau jumpa lagi kat masa depan hal yang hampir-hampir sama mungkin akan jadi benda yang sama. Ini betul punya bomoh, boleh nampak masa depan. Sepatutnya kalau kita pernah jumpa hal yang pernah terjadi sebelumnya, kita jadi matang dan boleh fikir camane nak hadapi hal tu, bukannya mengelak. Mengelak tanda takut, jadi jangan jadi penakut. Orang yang takutkan masa depan disebabkan pengalaman yang lalu, maknanya orang yang langsung tak belajar dari pengalaman itu sendiri. Jadi sepatutnya kena teruskan jugak dengan kehidupan, jangan hiraukan masa lalu tapi ubah masa depan jadi lebih baik.

Biar masa yang tentukan...

Masa akan tetap berjalan walaupun kita makan, tidur, semayang, garu belakang, mandi atau apa sahaja yang kita buat, masa tu dah cukup letih berjalan tak henti-henti. Jangan terlalu mengharapkan masa sedangkan diri malas berusaha. Memang hari esok akan tetap datang tapi seberapa bersedia kita dengan pengalaman yang dah ada ni? Jadi jangan terlalu bergantung kepada masa, takut nanti yang dinanti tak sampai-sampai sebab hari esok kita tak tahu apa akan jadi. Hit the iron while it still hot, maknanya gunakan peluang yang ada tu sebaik mungkin, ambil kesempatan tapi jangan terlalu leka.

Hmmmm.......

Sebenarnya aku tulis ni dalam keadaan yang agak hangat-hangat. Sampai bila nak jadi camni pun taktau, dah cerita macam-macam, masih lagi nak duduk ditakuk lama. Orang dah pergi mekah naik kapal terbang, kita masih nak naik unta. Orang dah berani redah masa depan, kita masih lagi hidup dalam bayang-bayang silam dan salahkan orang masa depan. Bukan tak suka tapi sepatutnya dalam umur camni kenalah jadi dewasa, jangan terlalu takut dengan masa depan. Akan sentiasa ada orang yang boleh bagi nasihat dalam menempuh masa depan tu, nak risau apa? Ok, belum bersedia boleh terima, tapi sila salahkan masa depan lagi bila satu hari nanti orang yang ada tu dah hilang tak jumpa lagi. Sila salahkan masa depan sebab itu la yang tengah dibuat sekarang, salahkan semua kat masa depan. Nanti esok orang cakap itu ini camane? Nanti esok orang anggap itu ini camane? Nanti esok orang kata itu ini camane? Semuanya esok, esok dan esok. Esok tu memang pesalah mandatori, jadi sila salahkan esok sahaja, salahkan masa depan. Grow up, you have more than you think you have. Please.


Kalau nak tahu masa silam kamu, tengok keadaan kamu sekarang, kalau nak tahu masa depan kamu, tengoklah apa tindakan kamu sekarang. Faham ?

Thursday, November 21, 2013

To Be True or Keep On Lying ?


TRUTH, kebenaran, selalunya saling digunakan untuk melindungi suatu penipuan yang lain. Namun tak semua penipuan itu terselindung oleh kebenaran. Kedengaran agak abstrak namun kenyataannya tetap tersurat dalam setiap bait-bait ayat yang akan diatur seterusnya. Dalam mengharungi setiap kebenaran dalam kehidupan, kita seringkali akan berdepan dengan satu penipuan, ketidak nyataan yang terlalu halus untuk diperbahaskan dalam keadaan yang agak tertekan. Tak semua penipuan itu salah walaupun kenyataannya ianya tetap satu dosa, dan tidak semua kebenaran itu melegakan kerana ada sebahagian dari kenyataan itu sangat menyakitkan. Aku lebih rela mendengar suatu kebenaran yang menyakitkan dari menjadi bahan penipuan sepanjang hayat dalam hidup ini. Satu kebenaran yang menyakitkan sebenarnya merupakan suatu ubat kepada kesakitan itu sendiri.


Ternyata memang tak semua perkara harus kita khabarkan kepada setiap orang dan tidak juga setiap orang itu harus tahu setiap inci mengenai diri kita, walau sejauh mana rasa kasih, sedalam mana rasa sayang terpahat dalam diri. Mungkin ramai yang menolak untuk menerima kenyataan yang menyakitkan kerana bukan sekali aku mendengar ayat-ayat sebegitu, namun aku masih lagi tetap berpegang teguh dengan pendirian aku bahawa setiap satu perkara yang benar-benar suci yang diinginkan oleh diri kita, haruslah dimulakan dengan kejujuran. Tanpa kejujuran, biarpun kenyataannya menyakitkan, tak mungkin suatu hubungan itu akan berjaya.


Aku mengaku memang aku agak pantang bila ditipu walaupun dengan hal yang kecil. Dari situ aku menekankan hal kejujuran dalam setiap perkara. Biarpun ada kemungkinan aku akan meletup seketika namun aku cuba beratkan dari sudut kejujuran. Aku tak kisah kalau diberitakan suatu rahsia yang mengejutkan diri aku sendiri tapi untuk melindungi satu perkara tersebut merupakan satu kesilapan yang besar. Aku memang seorang yang suka mengorek rahsia, menyimpan rahsia dan menilai setiap perkara, dan tidak mustahil suatu penipuan itu aku akan dapat tahu sendiri. Setiap perkara yang terlindung itu, lambat laun akan terbongkar juga, jadi adalah lebih baik berterus terang daripada menyimpan rahsia dan melindunginya dengan kenyataan lain.


Simpan rahsia dan melindunginya dengan kenyataan bodoh yang lain. Aku dah biasa sangat hadap keadaan seperti itu. Terus terang aku katakan bahawa aku memang cukup benci dengan penipu tapi kebencian aku lebih kepada orang yang terlalu berahsia. Kalau dah kenyataan, mengapa mahu diselindung? Tak perlu nak buka cerita lain untuk tutup cerita yang lain. Sekali kenyataan tu dah terbukti, memang aku akan menjadi tertekan. Tekanan yang aku terima dah cukup banyak, aku dah tak sanggup nak menahan tekanan selain dari yang sudah sedia aku terima. Letih, penat, kecewa, menyampah, mungkin perkataan-perkataan yang sesuai digunakan untuk aku gambarkan keadaan aku tatkala terhantuk dengan situasi sedemikian.


Maaf. Aku tidak mengatakan bahawa seseorang yang rapat dengan aku sekarang ni menipu aku tapi aku tak tahu kenapa dalam keadaan macam ni aku terasa ada sesuatu yang terselindung. Perasaan ingin tahu dalam diri aku ni sangat mendalam namun dek kerana sifat alami aku yang agak pendiam maka aku kebiasaanya akan mendiamkan diri dan cuba melupakan perkara tersebut. Dan biasanya aku akan gagal mengalihkan perhatian aku dari perkara tersebut. The truth is, i still can sense some lies in every truth she tells me and i don't know why. Mungkin perasaan aku sedang menguji akalku sendiri. Tak siapa tahu.
*please...no more hiding*

Tuesday, October 29, 2013

HAMBAR


Hmmm...I can't get the momentum to keep my fingers running on this keyboard. I'm suddenly out of ideas. Oh, what the bloody hell is happening to me? Yes, betul memang esok and lusa aku akan hadapi suatu yang belum pernah aku lalui tapi biasanya aku akan tenang tapi kali ni lain macam sikit. Setiap pagi bangun-bangun je dah rase something wrong. Setiap hari lewat ke tempat kerja padahal otak ni tahu banyak perlu difikirkan dan diselesaikan. Ok, I'm really messed up here.
 

Dalam 3-4 hari ni aku cuba sibukkan diri. Konon cuba nak hilangkan rasa resah dalam hati sendiri. Bila cerita kat orang nanti banyak pulak pendapat yang bukan-bukan, so I better keep it inside. Dalam diam aku cuba tenteramkan diri sendiri dengan apa yang sudah terjadi dan apa yang bakal terjadi. Sakit menanggung tu dah tentu, tapi kalau difikirkan pun langsung tak memberi manfaat sebab yang difikirkan cuma sakit bukan penyelesaian. Aku rasa aku tak hairan kalau satu hari nanti aku mati sebab stress, because that's what I'm currently going through!


Semenjak 2 -3 hari ni jugak aku rasa hambar dengan keadaan sekeliling. Menyendiri, kalau keluar pun sorang-sorang je. Semakin hari semakin pasif diri aku ni. Suasana yang sepatutnya rasa gembira tak dirasai pada aku. So, aku pun lakukan rutin kebiasaan aku, lepak kat sarang aku kat atas katil, online, tengok tv, makan, solat, tidur, jalan pegi dapur, and round and round and round and round again. This might be silly to some people but it suddenly, eventually increase my stress level little by little. Bila tengok kat luar, aku akan nampak pokok-pokok, kucing-kucing, kereta-kereta, dan lain-lain. Dan semua tu sedikit sebanyak membuatkan aku rasa macam stranded in a place where there's no one else except me. I can live on my own, that's not really a problem pun, tapi bila aku terduduk sorang-sorang, otak aku mula berfikir macam-macam. Apa nak jadi esok? Apa akan jadi esok? Can I survive? Can I be saved? Kenapa aku mesti jadi macam ni? Serious, stress beb! I'm not kidding, bro. Terasa nak menjerit pun ada. 



I do wish that I can turn back time. Re-do all those things that I've done wrong. Buat balik semua benda and put it back together in a better order. Yes, betul, aku rasa menyesal. Suatu kenyataan yang jarang keluar dari diri aku, penyesalan. Tapi disebabkan aku tak boleh putarkan masa untuk ulang kembali semua yang dah terkubur, rasanya jalan terbaik ialah fokus kepada perkara yang belum terjadi. Well, that's what we do in our life, planned for the future, ready for the outcome. Hopefully I manage to go through all this things and make a major change in my own life.


"Kalau bukan semalam, mungkin hari ini. Jika bukan hari ini, esok masih ada."


Monday, October 28, 2013

To Be Honest Or Keep On Hypocrite ?



Oleh kerana aku berfikir menggunakan otak dan bukannya kaki,


aku begitu sedar bahawa pola pemikiran mereka begitu tipikal atau terhad. Terlalu mudah untuk dijangka. Terlalu mudah untuk dijadikan bahan ketawa, tetapi terlalu sukar untuk difahami. Selalunya aku akan tergelak apabila melihat gelagat mereka, lalu selepas berfikir secara teliti, aku berasa sedih. Simpati.


Kasihan. Apa yang mereka mahukan hanyalah kebahagiaan. Sesuatu yang mampu membahagiakan diri mereka selepas sekian lama terseksa dalam realiti yang semakin memeritkan. Suatu bentuk 'escapism' yang diwujudkan dalam dunia maya setelah sekian lama tidak selesa atau tertekan dengan keadaan realiti sekeliling.  Facebook, Instagram dan sebagainya dijadikan tempat pembinaan diri yang mereka impikan. Merekalah raja, merekalah ratu, segala yang difikirkan berkisar tentang mereka.  Mereka boleh jadi apa sahaja yang mereka mahukan di dalam dunia maya ini. Yang dipuji akan termakan, yang memuji akan memakan. Yang lemah akan ditindas, yang kuat akan bermaharajalela.


Sampai terlupa apa makna kemasyarakatan. Terlupa makna kemanusiaan sejagat, sebab sibuk mementingkan diri. Terlupa segalanya. Terlupa diri mereka yang sebenarnya.


Apa yang kita perlukan hanyalah kesedaran supaya tak perlu mementingkan diri sendiri sahaja untuk kesenangan diri sendiri. Kita perlukan kesedaran untuk berwaspada dengan setiap watak yang hadir dalam hidup kita, kerana topeng-topeng wajah mereka mampu menipu kita, membuatkan kita terpedaya.



Kita jangan lupa diri kita siapa. Jadilah diri sendiri yang sebenar. Ni lah diri aku yang sebenar. Aku tak kisah apa orang lain nak cakap. Lantaklah !

Monday, October 7, 2013

I'm Not Getting Older , I'm Getting Better.



Tajuk orang putih. Translate ikut Melayu. haha.


Seorang kawan bertanya, “Tahun ni takde wishlist ke?”. Aku jawab “Takde”. Tapi bila pikir-pikir balik, rugi la pulak kot-kot ada sape-sape nak bagi hadiah.
Jadi, sempena ulang tahun hari lahir aku ni (semalam actually), aku tak meminta lebih.. Alang-alang ada orang tanya tu.. aku mau…

Nikon D300
Harga lebih kurang RM 6 ribu saja. Tengs.

Ok lah.. kalau tak mampu aku bagi diskaun.. 


SONY Xperia Z
Yang ni RM1900 je. Jasamu dikenang, tengs.


 Ok ok.. kalau tak mampu jugak aku bagi diskaun lagi..

Aaron Aziz
Yang ni taktau la berape harga.


Oh, oh.. semua kawan-kawan telah lari menyembunyikan diri dan tidak lagi menggelarkan dirinya kawan Wahida Sahaja. Oh, oh.


Kawan, tak perlu belikan kamera atau Xperia mahupun Aaron Aziz. Cukup dengan mendoakan aku yang baik-baik saja.


Aku mengharapkan rezekiku murah sentiasa, amin.
Aku mengharapkan iman dan amalku bertambah, amin.
Aku mengharapkan tubuh badan yang sihat sentiasa, amin.

Dan jika sampai ajalku, ampuni segala silapku, kawan.
Ya Allah, aku mahu berjumpa denganMu dalam iman dan Islam, amin.