Wednesday, February 27, 2013

Ia Bukan Mudah


These few days, few weeks, aku banyak fikir pasal hubungan. Bukan sebab aku nak jadi jiwang tapi sebab aku taknak buang masa dengan hubungan yang tiada matlamat. Kadang-kadang aku jadi takut nak tulis panjang sebab takut nanti orang tersalah faham sebab biasanya yang faham apa cerita yang berlaku dalam kisah aku ni cuma aku sorang je. But I keep on writing on those kind of things. Yela, bila kepala dah berserabut, nak mengadu kat siapa pun aku tak tahu, nak bercakap dengan siapa pun tak tahu, ayat-ayat yang tertulis tu semuanya jadi mengarut. Walaupun ada masa aku ni takda idea, tapi bilamana tangan aku mula menaip kat keyboard ni, macam-macam cerita yang keluar. Dan sebab tu jugak la ada sebahagian tulisan aku tu macam tak habis cerita sebab dah tak larat nak perah otak.


Tak semudah ABC


Beberapa hari kebelakangan ni aku cuba untuk buat perubahan. Aku tahu ada pelbagai halangan depan mata aku sekarang ni. Kena buat tugasan dengan perasaan yang sungguh malas, kena interview tiba-tiba, kena itu, kena ini dan macam-macam lah. Tak mati aku ditimpa hujan, tak cair aku dipanah mentari. Biasalah tu, memang dah lumrah kehidupan ada masalah ada kegembiraan. Kalau gembira sokmo tak dipanggil kehidupan namanya. Mudah.

Ada yang kata, untuk kita mudah mencapai suatu matlamat tu kita kena visualize dulu setiap perinciannya. Betul. Tak silap pun. Sedangkan Albert Einstein, yahudi laknatullah yang dikatakan manusia paling genius di alam maya ni pun pernah berkata, 'Imagination is better than education'. Betul ke? ke salah? Biarlah, peduli apa, aku takde bantuan google tatkala aku menulis ni jadi cacamerba la sikit. Betul, kita kena visualkan kadangkala semua matlamat kita tu dan tujuannya ialah untuk menaikkan semangat. Bila semangat dah membara, rambut pun dah jadi macam Super Saiya, kita punya goal tu terasa dekat sangat depan mata. Itulah sebenarnya yang membuatkan kita rasa mudah untuk mencapai matlamat kita tu. Konsep yang senang nak diterima akal.

Tapi senang di mata orang, belum tentu senang di mata kita. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Kejayaan tu bukan dengan petikan jari, bukan datang sekelip mata. Kalau kita ada bergulung ijazah pun, kalau sendiri malas nak usaha, pun tak jadi jugak. Kalau kita berkerjaya hebat, tapi sendiri ambil mudah setiap perkara, pun tak jadi juga. Kena selalu ingat bahawa kejayaan tu bukan sekadar belajar tinggi, bukan sekadar berkerja hebat, tanpa usaha dan yang lebih penting tawakkal, belum tentu kita boleh berjaya. Kejayaan tu menuntut bermacam-macam syarat. Masa, doa, usaha, ikhtiar, tawakkal, semua tu perlu ada dalam satu pakej, tak boleh tinggal salah satu, tak boleh ambil salah satu, semua mesti ada sekali. Allah tu yang memberi rezeki, bukan ijazah, bukan syarikat, bukan jugak kerajaan. Semua datang daripada-Nya, jadi perlu ada penyerahan jugak kepada-Nya. A simple fact which not everyone can do, terutama bila diberikan sedikit nikmat.

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Tanpa usaha, dan tawakkal, tak mungkin satu kejayaan tu akan dapat dicapai. Jadi jangan anggap semua benda itu mudah. It may looks easy but it's not that easy actually. I pray hard, I play hard. Harap-harap kerja keras ni akan berbalas tak lama lagi. Inshaa Allah. 



Tuesday, February 5, 2013

Makan Hati ?


Aku suka makan hati. Aku selalu makan hati. Aku suka makan hati ayam yang digoreng, aku suka makan hati lembu dalam rendang tu, dan aku jugak selalu makan hati sendiri. Doktor nasihatkan aku jangan makan hati sangat sebab nanti akan memudaratkan kesihatan. Tula, ada masa aku rasa agak tertekan la jugak tapi aku tahan je lah, makan hati. Aku tak boleh nak paksa semua orang untuk ikut kehendak aku, malahan untuk ikut kehendak diorang sendiri pun aku tak boleh paksa. Itukan hak individu sendiri. Aku tak retilah nak suruh orang buat itu ini, nanti orang cakap aku nak control. Tapi bila aku tak bertegas, orang akan cakap aku ni terlalu mengikut, macam lemah sangat. So, what the hell should I do? Makan hati lah! :O


Sebenarnya aku dapat rasakan bahawasanya satu hari nanti aku akan mati sakit jantung sebab banyak sangat tahan rasa dalam hati. Kata orang aku ni terlalu berdiam, terlalu sabar (kononnye), terlalu beri peluang. Bagi aku itu bukan hal susah pun, what you give you get back. Aku pun dah biasa makan hati dengan segala benda. Hal kawan-kawan, hal keluarga, hal hidup, dan macam-macam lagi. Daripada rasa sakit sampai menggigil tangan sampai sekarang ni dah terbiasa dengan keadaan tu semua. Nak buat macam mana, orang lain pun ada hati dan perasaan jugak sama macam aku, masing-masing pun nanti akan ada terasa juga lambat laun, jadi biarkan sahajalah. Nak berbalas pun tak guna, nak memberontak pun tak ada faedah. Lagipun, sabar tu kan sebahagian daripada cabang iman, apa salahnya kalau bersabar sikit dalam beberapa hal, dan Allah akan bagi kebahagiaan dalam beberapa hal yang lain pula, InsyaAllah. So, ape nak berkira sangat pun, kan?


Aku lapar. Aku nak makan hati.


Soal makan hati, terasa hati, touching lebih dan sebagainya ni sebenarnya hal remeh je. If you can hold your patience on something, then it shouldn't be a problem for you to be patience on some other things too. Am I right? Apa nak dikisahkan sangat dengan hati. Yela, walaupun aku pernah dengar kisah Ismail Lepat yang mengalami patah hati yang maha dahsyat sampaikan sebahagian daripada organ badan dia rosak dan terpaksa dibuang, itu tak bermakna setakat nak bersabar sikit tu tak boleh. Sekali-sekala makan hati pun sedap jugak walaupun bikin panas kat dalam. Semua manusia tu, walau seganas mana pun muka dia, walau seburuk jin sekalipun perangai dia, jauh dalam hati dia pun ada taman jugak. Sekali-sekala kena la layankan rasa hati tu sikit, bagi pedih sikit hati tu. Kalau macam aku ni dah terbiasa, so takdehal sangat pun. Kadang-kadang aku terfikir yang aku selalu makan hati ni pun sebab mungkin dulu aku pernah buat kat orang, so terimalah padahnya, dah mendapat dah. Takpalah, aku ni letih dah nak berdendam, takda faedah pun, jadi aku tak nak tunggu balasan yang orang tu dapat tapi aku menanti ganjaran yang aku bakal dapat. Kalau dalam Islam, Allah dah janjikan setiap satu perbuatan baik yang kita lakukan tu akan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang lain. Jadi, buat apa nak simpan dendam dan berdengki, kan?


Aku ni jenis manusia yang kawan-kawan aku labelkan sebagai "takda perasaan". Orang buat itu ini, orang carik pasal sana sini, orang bikin hal situ sini, tapi aku boleh buat bodoh, buat tak tahu. Betul aku memang banyak makan hati. Ada masanya aku rasa aku ni terlalu feminin (aku tak faham maksud perkataan ni tapi macam gedik sikit bunyi) sebab sikit punya hal pun aku nak terasa. Tu belum kira aku punya negative thinking syndrome, belum campur jealousy factor lagi. Ya, ada masa aku cemburu, ada masa aku sakit hati, tapi buat masa ni aku rasa tangan ni terikat kemas dan mulut aku ni terkunci untuk menyatakan hal-hal macam tu, taknak nanti berlarutan jadi benda yang lebih teruk. Tak apa, biar aku makan hati asalkan aku tak sakitkan hati orang. Kalau rosak organ dalaman aku ni pun sekurang-kurangnya aku tahu aku tak sakitkan hati orang. Nabi kata tak cukup beriman seorang tu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Konsepnya mudah dan senang. Aku tahu sakit hati tu pedih, jadi disebabkan kasih sayang la aku rela makan hati supaya orang yang aku sayang tu tak sakit hati. Yela, kalau tak nanti takut hal makin kronik jadi, bila dah ada pengalaman boleh la nak cerita. Jadi kesimpulannya, kalau setakat makan hati sikit tu tak perlulah berkira sangat. Aku ni dah bermacam jenis hati aku dah makan, sampai ada masa yang aku akan rasa sakit perut setiap kali aku pendamkan rasa hati, tapi aku tetap telan jugak. InsyaAllah, Allah akan balas dengan 10 kali ganda kebaikan lagi. Jadi, sekali sekala bercucuk tanamlah dalam hati tu. Tak rugi pun kita jaga air muka orang lain, tak rugi pun kita makan hati, paling tidak pun mungkin sakit and mati je. Haha. Just kidding ok!



Maaf kerana aku juga manusia biasa, SAKIT bila DISAKITI. Maafkan aku kerana memarahi.