Sunday, May 26, 2013

Bunga Yang Cantik Tak Selalunya Indah


Tiada yang mahu ditulis sebenarnya, cuma aku dalam keadaan mood yang gila atau merem. Ia mungkin akan semakin parah jika masih diteruskan dalam keadaan begini. Sangat-sangat tidak selesa bila berkeadaan sebegini, sangat merisaukan. Perasaan itu datang kembali. Perasaan yang memakan hati.



Dalam diam, aku simpan suatu perasaan dalam terhadap diri sendiri. Sejuk angin malam pun belum tentu akan memadamkan kesugulan yang mekar dalam jiwa. Aku dengar raungan itu, aku dengar irama itu dengan penuh penghayatan, aku fahami maksudnya, lalu aku sampaikan dengan kemahuan aku sendiri, hanya untuk diri sendiri.


Pandang satu kisah dari pelbagai sudut, pandang tanpa prejudis, tanpa menghakimi, dan engkau akan sedar, keadaan bukanlah sesuatu yang jahat. Pandang satu kisah dari satu perspektif, dan emosi engkau akan berterabur, sekejap sedih, sekejap pasrah, sekejap sedih kembali, sekejap lagi mati. Lali. Penat. Dan segalanya akan berterusan seperti sediakala, berulang-ulang kembali.


Kenapa tak mampu tidur walaupun sudah penat dan mengantuk ? Jiwa tak cukup pedih barangkali. Semakin pedih, semakin aku gembira. Sengaja ingin tunjukkan emosi yang kacau-bilau dengan cara yang salah. Sepatutnya bukan disini. Kelu seketika. Mohon petunjuk dariMu ya ALLAH.




"MENULIS TAK SAMA DENGAN BERCAKAP. MULUT KU TERKUNCI, BEGITU JUGA TANGANKU."