Tuesday, October 29, 2013

HAMBAR


Hmmm...I can't get the momentum to keep my fingers running on this keyboard. I'm suddenly out of ideas. Oh, what the bloody hell is happening to me? Yes, betul memang esok and lusa aku akan hadapi suatu yang belum pernah aku lalui tapi biasanya aku akan tenang tapi kali ni lain macam sikit. Setiap pagi bangun-bangun je dah rase something wrong. Setiap hari lewat ke tempat kerja padahal otak ni tahu banyak perlu difikirkan dan diselesaikan. Ok, I'm really messed up here.
 

Dalam 3-4 hari ni aku cuba sibukkan diri. Konon cuba nak hilangkan rasa resah dalam hati sendiri. Bila cerita kat orang nanti banyak pulak pendapat yang bukan-bukan, so I better keep it inside. Dalam diam aku cuba tenteramkan diri sendiri dengan apa yang sudah terjadi dan apa yang bakal terjadi. Sakit menanggung tu dah tentu, tapi kalau difikirkan pun langsung tak memberi manfaat sebab yang difikirkan cuma sakit bukan penyelesaian. Aku rasa aku tak hairan kalau satu hari nanti aku mati sebab stress, because that's what I'm currently going through!


Semenjak 2 -3 hari ni jugak aku rasa hambar dengan keadaan sekeliling. Menyendiri, kalau keluar pun sorang-sorang je. Semakin hari semakin pasif diri aku ni. Suasana yang sepatutnya rasa gembira tak dirasai pada aku. So, aku pun lakukan rutin kebiasaan aku, lepak kat sarang aku kat atas katil, online, tengok tv, makan, solat, tidur, jalan pegi dapur, and round and round and round and round again. This might be silly to some people but it suddenly, eventually increase my stress level little by little. Bila tengok kat luar, aku akan nampak pokok-pokok, kucing-kucing, kereta-kereta, dan lain-lain. Dan semua tu sedikit sebanyak membuatkan aku rasa macam stranded in a place where there's no one else except me. I can live on my own, that's not really a problem pun, tapi bila aku terduduk sorang-sorang, otak aku mula berfikir macam-macam. Apa nak jadi esok? Apa akan jadi esok? Can I survive? Can I be saved? Kenapa aku mesti jadi macam ni? Serious, stress beb! I'm not kidding, bro. Terasa nak menjerit pun ada. 



I do wish that I can turn back time. Re-do all those things that I've done wrong. Buat balik semua benda and put it back together in a better order. Yes, betul, aku rasa menyesal. Suatu kenyataan yang jarang keluar dari diri aku, penyesalan. Tapi disebabkan aku tak boleh putarkan masa untuk ulang kembali semua yang dah terkubur, rasanya jalan terbaik ialah fokus kepada perkara yang belum terjadi. Well, that's what we do in our life, planned for the future, ready for the outcome. Hopefully I manage to go through all this things and make a major change in my own life.


"Kalau bukan semalam, mungkin hari ini. Jika bukan hari ini, esok masih ada."


Monday, October 28, 2013

To Be Honest Or Keep On Hypocrite ?



Oleh kerana aku berfikir menggunakan otak dan bukannya kaki,


aku begitu sedar bahawa pola pemikiran mereka begitu tipikal atau terhad. Terlalu mudah untuk dijangka. Terlalu mudah untuk dijadikan bahan ketawa, tetapi terlalu sukar untuk difahami. Selalunya aku akan tergelak apabila melihat gelagat mereka, lalu selepas berfikir secara teliti, aku berasa sedih. Simpati.


Kasihan. Apa yang mereka mahukan hanyalah kebahagiaan. Sesuatu yang mampu membahagiakan diri mereka selepas sekian lama terseksa dalam realiti yang semakin memeritkan. Suatu bentuk 'escapism' yang diwujudkan dalam dunia maya setelah sekian lama tidak selesa atau tertekan dengan keadaan realiti sekeliling.  Facebook, Instagram dan sebagainya dijadikan tempat pembinaan diri yang mereka impikan. Merekalah raja, merekalah ratu, segala yang difikirkan berkisar tentang mereka.  Mereka boleh jadi apa sahaja yang mereka mahukan di dalam dunia maya ini. Yang dipuji akan termakan, yang memuji akan memakan. Yang lemah akan ditindas, yang kuat akan bermaharajalela.


Sampai terlupa apa makna kemasyarakatan. Terlupa makna kemanusiaan sejagat, sebab sibuk mementingkan diri. Terlupa segalanya. Terlupa diri mereka yang sebenarnya.


Apa yang kita perlukan hanyalah kesedaran supaya tak perlu mementingkan diri sendiri sahaja untuk kesenangan diri sendiri. Kita perlukan kesedaran untuk berwaspada dengan setiap watak yang hadir dalam hidup kita, kerana topeng-topeng wajah mereka mampu menipu kita, membuatkan kita terpedaya.



Kita jangan lupa diri kita siapa. Jadilah diri sendiri yang sebenar. Ni lah diri aku yang sebenar. Aku tak kisah apa orang lain nak cakap. Lantaklah !

Monday, October 7, 2013

I'm Not Getting Older , I'm Getting Better.



Tajuk orang putih. Translate ikut Melayu. haha.


Seorang kawan bertanya, “Tahun ni takde wishlist ke?”. Aku jawab “Takde”. Tapi bila pikir-pikir balik, rugi la pulak kot-kot ada sape-sape nak bagi hadiah.
Jadi, sempena ulang tahun hari lahir aku ni (semalam actually), aku tak meminta lebih.. Alang-alang ada orang tanya tu.. aku mau…

Nikon D300
Harga lebih kurang RM 6 ribu saja. Tengs.

Ok lah.. kalau tak mampu aku bagi diskaun.. 


SONY Xperia Z
Yang ni RM1900 je. Jasamu dikenang, tengs.


 Ok ok.. kalau tak mampu jugak aku bagi diskaun lagi..

Aaron Aziz
Yang ni taktau la berape harga.


Oh, oh.. semua kawan-kawan telah lari menyembunyikan diri dan tidak lagi menggelarkan dirinya kawan Wahida Sahaja. Oh, oh.


Kawan, tak perlu belikan kamera atau Xperia mahupun Aaron Aziz. Cukup dengan mendoakan aku yang baik-baik saja.


Aku mengharapkan rezekiku murah sentiasa, amin.
Aku mengharapkan iman dan amalku bertambah, amin.
Aku mengharapkan tubuh badan yang sihat sentiasa, amin.

Dan jika sampai ajalku, ampuni segala silapku, kawan.
Ya Allah, aku mahu berjumpa denganMu dalam iman dan Islam, amin.

Wednesday, October 2, 2013

Kuatkah Aku ?


Ini bukan lagu.
Menulis tanpa arah pada malam yang suram ini, aku menagih sumber ilham dari karya Jason Mraz biarpun agak tertekan. Berbekalkan lagu 'Bella Luna' yang aku tujukan buat seseorang, jemariku pantas menulis bagaikan arus deras sungai selepas hujan. Aku buntu seketika malam ini bila terasa sedikit tenggelam bila memikirkan hal remeh, warna-warni kehidupan. Ada masa aku terasa betapa jauh untuk aku gapai impian tapi ada masa aku terasa semuanya sudah tersedia di hujung jari. Terasa jauh bila memikirkan cabaran dan persaingan tapi terasa terlalu dekat apabila harapan yang dipahatkan adalah bukan sekadar kata-kata dusta. Kata-kata itu terngiang di cuping telinga, umpama baru kelmarin tangan ini diraih, baru malam tadi diri ini disayangi, baru pagi tadi tubuh ini didakap, baru sebentar tadi pipi ini dikucup. 


Aku tercampak jauh dari diri aku yang sebelumnya. Tidak mustahil. Jauh di sudut hati aku menilai segala yang terjadi, mungkin ini sudah takdir Ilahi. Perjalanan sebenar adalah ibarat mendaki puncak bukit, pendakian adalah sukar dan menuruni bukit adalah lebih mudah. Dalam kehidupan ini segala yang bermula dengan susah pasti akan berakhir dengan lebih mudah, dan mungkin segala yang bermula tanpa masalah akan terbeban olehnya sedikit demi sedikit. Teori ringkas yang dapat aku simpulkan dari segala yang pernah aku lalui selama bertahun hidup di muka bumi ini. Aku tak mengiyakan kebenarannya tetapi logiknya pernah aku rasai, apa yang bermula dengan mudah tidak mungkin akan semudah itu, dan segala yang bermula dengan kesusahan mungkin itulah takdir dari-Nya. Itu hanya teori, segala yang berlaku masih tetap di atas kuasa Yang Maha Esa.


Ada masa aku terasa, ada masa aku bahagia. Setiap ruang dan masa cuba untuk aku isi supaya tiada satu pun ruang yang aku terlepas. Namun umpama mampatan pasir halus, biarpun mampat dan padat, masih sentiasa ada ruang air lalu dicelahannya. Mungkin aku bukan sempurna, tapi aku tidak mengalah untuk memberikan kesempurnaan. Mungkin aku tidak sehebat mana, tapi tidak aku mengalah dalam menjadi yang terhebat. Mungkin bukan hanya aku yang ada, tetapi aku tidak berhenti kerana aku mahu menjadi yang satu. Cabaran dan persaingan yang wujud ada masa melemahkan tetapi kadangkala mengujakan aku untuk terus berusaha. Tidak aku sekejam itu untuk meminta dilenyapkan saingan, walau dalam hati aku menjerit mahukan kemenangan.


Kegembiraan yang dirasa bukan sekadar rasa kosong. Keceriaan yang dirasa bukan hanya seketika. Kebahagiaan, keindahan, kemesraan sehari-harian bukanlah setakat dibibir sahaja, tetapi meliputi segenap ruang hidup, menjengah setiap ruang masa, menyemarakkan rasa, menguatkan naluri kasih sayang. Ada masa aku hampir menghentikan semua namun setiap kali itu juga api semangat ditiupkan ke dalam jiwaku untuk terus berusaha. Tapi semangat tu jugaklah yang didatangkan dengan pakej konflik. Konflik itu datang bukan dari seseorang, tetapi ini konflik dalaman, sangat-sangat peribadi untuk diceritakan.  Aku tak kisah sangat pun sebab aku yakin setiap manusia tu berbeza dan setiap manusia tu boleh berubah, ada peluang untuk berubah dan akan berubah dari masa ke semasa. Jadi aku tetap letakkan sedikit harapan yang ada perubahan yang bakal berlaku demi kebaikan dan kebahagiaan bersama. Sama-sama memerlukan, sama-sama pun cuba memberikan yang terbaik, dan sama-sama cuba selesaikan konflik dalam hidup masing-masing.


Perjalanan itu masih jauh, walaupun terasa dekat di hadapan mata. Semangat itu masih utuh, biarpun ada masa terasa sakitnya. Namun untuk berundur bukanlah caranya, akan kupastikan semua itu menjadi nyata, dan bukan sekadar omongan kosong sahaja. Dan yang kuharapkan ialah dia sentiasa ada, bersama doa dan harapannya.