Bagi
aku menulis blog ni semacam satu terapi buat diri aku. Setiap kali
ada masalah, berdepan dengan suatu keadaan yang buntu, dengan buang masa
merapu dalam blog ni la buatkan hati aku tenang sikit. Sikit sebanyak
tu ada la bagi perubahan dalam diri aku walaupun impaknya tak berapa
ketara pada mata kasar. Soal hubungan, soal hidup, soal hati,
soal politik, soal masa depan, semua aku campak dalam this crap hole.
Bercakap pasal masa depan, ada sesetengah orang yang terlalu takut
berdepan dengan masa depan. Ada yang takut nak keluar dari rumah, ada
yang takut nak sambung belajar, ada yang takut nak jumpa orang, ada yang
takut nak kenal orang, dan jangan terkejut sebab ada yang takut nak
jadi dewasa (malas
nak kerja, malas nak pegi tempat kerja, malas nak kahwin, malas nak ada
anak, malas nak bercucu, malas itu, malas ini, dan sebagainya). Dan
semua benda tu sebenarnya berkait rapat dengan takutnya orang kepada
masa depan. Takut keluar rumah sebab depan rumah ada longkang, nanti
jatuh. Takut jumpa orang sebab orang sekarang tak boleh percaya, mana
tau pembunuh. Takut nak pergi sekolah sebab dengar dari jiran sebelah
anak dia kena cubit sebab tak siap kerja yang cikgu bagi. Takut nak
bercinta sebab dulu dah pernah putus cinta, sakit macam nak mati. Takut
nak makan ikan sebab ikan banyak tulang. Senang cerita, kalau penakut
sila gali lubang dalam-dalam pastu duduk dalam tu tak payah keluar! Hidup
ni kan ada cabaran dan pelajaran setiap hari, bomoh tilik mana yang berani
ramal tarikh mati kita? Dukun siam mana yang berani bagitau apa akan
jadi pada jam 6.05 pagi esok di Burma? Pawang mana yang berani bagitau
nasib esok hari, lusa hari, tulat hari, dan hari-hari? Jadi jangan
pandai-pandai berani-berani nak jadi bomoh, jadi dukun, jadi pawang yang
boleh ramal apa akan jadi di masa depan.
Semalam, hari ini dan esok?
Semalam
merupakan sejarah dalam hidup setiap orang. Semalam tu merangkumi dari
bangun tidur, sapu muka, gosok gigi, mandi, pakai baju, makan,
jalan-jalan, kerja, jumpa orang, cakap-cakap, melompat, merapu, menulis,
dan lain lain. Senang cerita sejarah tu akan berlaku atas setiap benda yang
pernah kita buat walaupun baru 2 saat tadi. Peristiwa hari ni pulak,
yang sedang kita buat, bakal menjadi sejarah untuk hari esok, 3 minit
lepas, 3 saat lepas, dan akan tetap jadi sejarah. Hari esok merupakan
satu cabaran baru dalam hidup, terpulang kepada kematangan kita untuk
hadap hari esok walau seberat mana, walau sesusah mana, walau seperit
mana kita bakal jangkakan. Askar yang berperang pun akan tetap keluar
berperang walaupun tahu dia bakal dihujani peluru. Seorang model
pun akan tetap keluar bekerja walaupun tahu dia hanya perlu tersenyum depan
kamera. Jadi seberapa yakin kita dengan hari esok? Macam mana kalau
askar tu keluar je dah merdeka macam cerita Sarjan Hassan tu? Macamana
kalau model tu tiba-tiba kena electric shock macam cerita CSI? Takde
sorang pun yang tahu apa akan jadi esok, jadi jangan senang-senang
dengan mudah nak letak penghakiman.
Pengalaman, masa depan...
Melalui
sejarah samada hari semalam, dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas,
tahun lepas, kurun lepas, zaman firaun, tahun gajah, kita boleh
belajar untuk menghadapi masa depan. Pengalaman mengajar dan
mendewasakan kita, tak dinafikan kenyataan itu. Namun ada jugak
pengalaman yang tak mendewasakan seseorang, bukan salah pada sejarah
tapi pada cara pemikiran dan tanggapan orang yang mengalaminya. Ada yang
menganggap apa yang pernah terjadi, kalau jumpa lagi kat masa depan hal
yang hampir-hampir sama mungkin akan jadi benda yang sama. Ini betul
punya bomoh, boleh nampak masa depan. Sepatutnya kalau kita pernah jumpa
hal yang pernah terjadi sebelumnya, kita jadi matang dan boleh fikir
camane nak hadapi hal tu, bukannya mengelak. Mengelak tanda takut, jadi
jangan jadi penakut. Orang yang takutkan masa depan disebabkan
pengalaman yang lalu, maknanya orang yang langsung tak belajar dari
pengalaman itu sendiri. Jadi sepatutnya kena teruskan jugak dengan
kehidupan, jangan hiraukan masa lalu tapi ubah masa depan jadi lebih
baik.
Biar masa yang tentukan...
Masa
akan tetap berjalan walaupun kita makan, tidur, semayang, garu
belakang, mandi atau apa sahaja yang kita buat, masa tu dah cukup letih
berjalan tak henti-henti. Jangan terlalu mengharapkan masa sedangkan
diri malas berusaha. Memang hari esok akan tetap datang tapi seberapa
bersedia kita dengan pengalaman yang dah ada ni? Jadi jangan terlalu
bergantung kepada masa, takut nanti yang dinanti tak sampai-sampai sebab
hari esok kita tak tahu apa akan jadi. Hit the iron while it still hot, maknanya gunakan peluang yang ada tu sebaik mungkin, ambil kesempatan tapi jangan terlalu leka.
Hmmmm.......
Sebenarnya
aku tulis ni dalam keadaan yang agak hangat-hangat. Sampai bila nak
jadi camni pun taktau, dah cerita macam-macam, masih lagi nak duduk
ditakuk lama. Orang dah pergi mekah naik kapal terbang, kita masih nak
naik unta. Orang dah berani redah masa depan, kita masih lagi hidup
dalam bayang-bayang silam dan salahkan orang masa depan. Bukan tak suka
tapi sepatutnya dalam umur camni kenalah jadi dewasa, jangan terlalu
takut dengan masa depan. Akan sentiasa ada orang yang boleh bagi nasihat
dalam menempuh masa depan tu, nak risau apa? Ok, belum bersedia boleh
terima, tapi sila salahkan masa depan lagi bila satu hari nanti orang
yang ada tu dah hilang tak jumpa lagi. Sila salahkan masa depan sebab
itu la yang tengah dibuat sekarang, salahkan semua kat masa depan. Nanti
esok orang cakap itu ini camane? Nanti esok orang anggap itu ini
camane? Nanti esok orang kata itu ini camane? Semuanya esok, esok dan
esok. Esok tu memang pesalah mandatori, jadi sila salahkan esok sahaja,
salahkan masa depan. Grow up, you have more than you think you have. Please.
Kalau
nak tahu masa silam kamu, tengok keadaan kamu sekarang, kalau nak tahu
masa depan kamu, tengoklah apa tindakan kamu sekarang. Faham ?