Saturday, April 13, 2013

Hanya Mampu Senyum


Hari ni merupakan hari yang indah. Ayat yang agak "jarang" aku ucapkan. Aku boleh tersenyum sendirian kalau terkenangkan hal yang berlaku minggu ni. Banyak tekanan aku terima, tapi  dalam masa yang sama tekanan itu jugalah yang memberi motivasi pada diri aku. Aku tahu keadaan dah jadi semakin baik, persekitaran dah jadi makin tenang, hubungan pun dah jadi semakin rapat. Walaupun aku dan dia masih lagi berteka-teki mengenai masa depan. Itu aku tak kisah, usaha sudah dilakukan, tawakkal je la yang mampu. Aku harap dia tahu bahawa "Aku sayang Kau". Ok.


 


Masalah lalu tu masih ada, cuma aku nak hal tu ditinggalkan dulu, jangan rosakkan kebahagiaan dengan sesuatu yang mengarut macam tilik nasib. Bukan la nak kata ada yang tilik nasib tapi bila seseorang cakap sesuatu bala yang belum tentu jadi, bagi aku itu pun dah macam tok bomoh yang meramal masa depan. Hal masa depan tu biar Dia yang tentukan, tugas kita ni cuma berusaha untuk capai matlamat hidup. Aku pernah cakap, biar susah payah, biar aku terkangkang buat kerja, asalkan aku tahu aku kejar matlamat aku. Bukan mudah tapi tak susah. Usaha tetap usaha, dapat tak dapat tu belakang kira. Setiap manusia boleh berubah, aku yakin hal tu, dan aku percaya dia pun akan berubah satu hari nanti sebab aku dah nampak sikit-sikit perubahan dari mula aku kenal dia dulu, Alhamdulillah. 


Sebenarnya aku ni seorang yang pemalu. Kata orang 'Malu itu perisai orang beriman'. Aku pun percaya benda tu, cuma malu tu biar di tempat yang betul. Aku pernah hadap satu keadaan yang malu gila aku nak bagitau kat abah sebab aku takut nanti aku akan dibuang keluarga, dipandang hina sampai ke mati, tapi bila benda tu aku teruskan jugak, aku redah bagitau abah, terus-terang aku kata yang rasa malu tu cuma dalam 5 minit pertama. Sama macam orang lain, kita rasa malu, tapi sebenarnya malu tu takkan lama, yang penting hadap dulu. Jangan jadikan rasa malu tu sebagai alasan untuk kita buat kesilapan. Bukanlah nak kata silap tapi bila kita letakkan satu perkara bukan pada tempatnya, itu dah jadi tak adil! Dan ketidakadilan itu satu diskriminasi dan diskriminasi tu berdosa (sila rujuk maksud "diskriminasi" dalam kamus atau wiki), dan benda kalau dah berdosa tu susah sebenarnya nak kita temukan kebenaran. Dan sampai bila-bila pun dosa tetap dosa. Itu memang hakikat sebab aku dah pernah buat macamtu, dan aku dah rasa silapnya.


Setiap orang pernah lakukan kesilapan, setiap orang pun cuba betulkan silap tu. Tuhan bagi kita ujian sebab Dia sayangkan kita, Dia nak kita belajar dalam hidup. Konsep tu memang aku pakai walaupun ada kebanyakan masa yang aku tertekan dengan ujian dan cabaran yang mendatang. Sekarang ni pun aku tetap berusaha untuk aturkan semula satu perkara, cuba jadikan ianya lebih baik dari yang sebelumnya. Ada satu masa yang aku rasa diri aku ni tak berguna, hina, tak layak untuk buat apa-apa, sebab apa yang aku cuba usahakan akan dipijak-pijak macam tak bernilai. Betul memang aku terasa macam tu, tapi bila dinilai balik semua tu, aku tahu ada tujuan aku diberikan ujian sebegini rupa, dan perubahan yang aku cuba lakukan tu dah mula nampak sedikit demi sedikit. Aku cuba untuk tak kecewakan sesiapa sebab aku tahu kecewa tu satu hal yang perit untuk ditelan, jadi aku cuba berlaku adil dalam setiap perkara walaupun aku tahu dunia ini memang tak adil dan aku terima semuanya tanpa perlu pandang apa yang dah terjadi sebelumnya. Let bygone be bygone, yang dah lepas tu biar lepas, aku nak diterima sebagai aku, tidak akan dikaitkan dengan sesiapa atau dengan apa-apa. 


Usaha akan tetap diteruskan sepertimana yang dah diberitahu. Dapat atau tak dapat, tercapai atau tersungkur, hidup berjaya atau mati tengah jalan, itu semua ketentuan dari-Nya. Aku anggap semua tu sebagai cabaran, dan aku sahut cabaran tu bagi memberikan kebahagiaan untuk diri aku dan orang lain, tanpa perlu kecewakan sesiapa. Aku tak perlukan simpati orang, malah aku hidup pun bukan atas dasar simpati sesiapa, make it reality, or die trying. Nothing is impossible, if you put your mind to it.. !