Saturday, April 13, 2013

Hanya Mampu Senyum


Hari ni merupakan hari yang indah. Ayat yang agak "jarang" aku ucapkan. Aku boleh tersenyum sendirian kalau terkenangkan hal yang berlaku minggu ni. Banyak tekanan aku terima, tapi  dalam masa yang sama tekanan itu jugalah yang memberi motivasi pada diri aku. Aku tahu keadaan dah jadi semakin baik, persekitaran dah jadi makin tenang, hubungan pun dah jadi semakin rapat. Walaupun aku dan dia masih lagi berteka-teki mengenai masa depan. Itu aku tak kisah, usaha sudah dilakukan, tawakkal je la yang mampu. Aku harap dia tahu bahawa "Aku sayang Kau". Ok.


 


Masalah lalu tu masih ada, cuma aku nak hal tu ditinggalkan dulu, jangan rosakkan kebahagiaan dengan sesuatu yang mengarut macam tilik nasib. Bukan la nak kata ada yang tilik nasib tapi bila seseorang cakap sesuatu bala yang belum tentu jadi, bagi aku itu pun dah macam tok bomoh yang meramal masa depan. Hal masa depan tu biar Dia yang tentukan, tugas kita ni cuma berusaha untuk capai matlamat hidup. Aku pernah cakap, biar susah payah, biar aku terkangkang buat kerja, asalkan aku tahu aku kejar matlamat aku. Bukan mudah tapi tak susah. Usaha tetap usaha, dapat tak dapat tu belakang kira. Setiap manusia boleh berubah, aku yakin hal tu, dan aku percaya dia pun akan berubah satu hari nanti sebab aku dah nampak sikit-sikit perubahan dari mula aku kenal dia dulu, Alhamdulillah. 


Sebenarnya aku ni seorang yang pemalu. Kata orang 'Malu itu perisai orang beriman'. Aku pun percaya benda tu, cuma malu tu biar di tempat yang betul. Aku pernah hadap satu keadaan yang malu gila aku nak bagitau kat abah sebab aku takut nanti aku akan dibuang keluarga, dipandang hina sampai ke mati, tapi bila benda tu aku teruskan jugak, aku redah bagitau abah, terus-terang aku kata yang rasa malu tu cuma dalam 5 minit pertama. Sama macam orang lain, kita rasa malu, tapi sebenarnya malu tu takkan lama, yang penting hadap dulu. Jangan jadikan rasa malu tu sebagai alasan untuk kita buat kesilapan. Bukanlah nak kata silap tapi bila kita letakkan satu perkara bukan pada tempatnya, itu dah jadi tak adil! Dan ketidakadilan itu satu diskriminasi dan diskriminasi tu berdosa (sila rujuk maksud "diskriminasi" dalam kamus atau wiki), dan benda kalau dah berdosa tu susah sebenarnya nak kita temukan kebenaran. Dan sampai bila-bila pun dosa tetap dosa. Itu memang hakikat sebab aku dah pernah buat macamtu, dan aku dah rasa silapnya.


Setiap orang pernah lakukan kesilapan, setiap orang pun cuba betulkan silap tu. Tuhan bagi kita ujian sebab Dia sayangkan kita, Dia nak kita belajar dalam hidup. Konsep tu memang aku pakai walaupun ada kebanyakan masa yang aku tertekan dengan ujian dan cabaran yang mendatang. Sekarang ni pun aku tetap berusaha untuk aturkan semula satu perkara, cuba jadikan ianya lebih baik dari yang sebelumnya. Ada satu masa yang aku rasa diri aku ni tak berguna, hina, tak layak untuk buat apa-apa, sebab apa yang aku cuba usahakan akan dipijak-pijak macam tak bernilai. Betul memang aku terasa macam tu, tapi bila dinilai balik semua tu, aku tahu ada tujuan aku diberikan ujian sebegini rupa, dan perubahan yang aku cuba lakukan tu dah mula nampak sedikit demi sedikit. Aku cuba untuk tak kecewakan sesiapa sebab aku tahu kecewa tu satu hal yang perit untuk ditelan, jadi aku cuba berlaku adil dalam setiap perkara walaupun aku tahu dunia ini memang tak adil dan aku terima semuanya tanpa perlu pandang apa yang dah terjadi sebelumnya. Let bygone be bygone, yang dah lepas tu biar lepas, aku nak diterima sebagai aku, tidak akan dikaitkan dengan sesiapa atau dengan apa-apa. 


Usaha akan tetap diteruskan sepertimana yang dah diberitahu. Dapat atau tak dapat, tercapai atau tersungkur, hidup berjaya atau mati tengah jalan, itu semua ketentuan dari-Nya. Aku anggap semua tu sebagai cabaran, dan aku sahut cabaran tu bagi memberikan kebahagiaan untuk diri aku dan orang lain, tanpa perlu kecewakan sesiapa. Aku tak perlukan simpati orang, malah aku hidup pun bukan atas dasar simpati sesiapa, make it reality, or die trying. Nothing is impossible, if you put your mind to it.. !

Monday, March 25, 2013

M O N O L O G


There's so much to think about these few days. I keep on asking myself how, why, when, and who, over and over again but I just couldn't get the answer. Sakit kepala memikirkan benda-benda mengarut yang aku cuba untuk buktikan walaupun terlalu mustahil dari segi fizikal mahupun logik akalnya. Aku cuba mencari-cari identiti sebenar yang tersirat dalam diri aku, cuba untuk melarikan diri dari pemikiran tipikal masyarakat sekeliling yang kononnya bijak sangat.


Satu kelainan yang aku sedar dalam diri aku ni ialah aku suka buat perkara yang lain dari orang lain, tapi aku tak suka dedahkan sebab rasa segan pula bila orang lain tahu. Aku tak suka tengok benda yang sama setiap hari (kecuali untuk suami and anak-anak aku nanti la). Aku lebih suka kepada suatu yang mudah dipandangan mata tapi manis dari segi pemikiran akal manusia. Aku nak cuba keluar dari kepompong pemikiran umat manusia yang tipikal ini. Memang tak susah cuma kena tajamkan fikiran dan buka minda supaya melihat lebih daripada apa yang orang lain boleh lihat.




Since these couple of weeks aku terasa macam my past is getting closer and closer to me. Aku cuba nak melarikan diri dari perasaan aku yang sebenarnya menidakkan kembalinya sesuatu yang aku tidak inginkan. Aku lebih suka dengan kehidupan yang aku ada sekarang ni. Aku tak perlukan seseorang yang kononnya mencintai aku untuk aku tahu yang hidup aku ni sangat bermakna. Aku boleh berdiri dengan sendiri, berlari sorang-sorang, tak perlu untuk orang lain konon nak berbaik dengan aku dan konon menyayangi aku. Sudah-sudah la tu, hidup ni masih jauh lagi untuk diterokai, tak perlu bazirkan untuk sesuatu yang diluar bidang kuasa seorang manusia. Tuhan dah tentukan jodoh setiap insan. Sejauh mana kita sayang orang tu, sekuat mana kita kasihkan orang tu, kalau bukan tertulis bahawa dia tu jodoh kita, sampai mati pun kalau cuba memang takkan berjaya. Bukan nak lemahkan semangat kawan-kawan yang bercinta tapi menyedarkan diri sendiri bahawa setiap kisah dalam hidup manusia ni ada perancangan yang begitu teliti dari Yang Maha Esa.

 
Aku pernah ada orang yang cakap akan sayang kat aku sampai bila-bila dan takkan pergi walau siapapun yang hadir depan mata, tapi in the end kuasa Tuhan tu melebihi dari perancangan manusia. Nak menangis pun tak guna, nak meraung pun tak perlu. Apa yang aku buat masa tu aku usaha sendiri, bina hidup aku balik tanpa memerlukan pertolongan sesiapa, and Thanked God I'm still very much alive until now.


Mungkin ada di antara manusia yang singgah dan baca blog ni akan cakap aku ni agak kasar dalam penulisan, terutama bila berkait tentang diri aku sendiri. Ye betul, memang aku agak tegas dalam menentukan hidup aku. Aku dah penat nak berbahasa-bahasi, penat nak bercinta-cinta dalam hidup ni. Cukup la aku tahu keluarga aku masih disisi, kawan-kawan aku masih setia berdiri. Dalam menentukan arah hidup, kita tak perlu nak berharap pada orang lain. Kita hidup ni untuk diri sendiri, orang-orang di sekeliling tu semuanya ibarat perhiasan dalam mahligai hidup kita. Selagi kita jaga mereka dengan baik, maka baiklah kelihatannya dari pandangan mata.


Dan sesungguhnya hidup ni bergantung kepada keputusan kita sendiri, tak perlu orang lain untuk tekan butang 'play' untuk mulakan hidup kita. Lagi satu, jangan letakkan harapan terlalu tinggi pada orang lain sebab manusia akan menghancurkan manusia, tapi Tuhan sentiasa ada bersama manusia tak kira sejahat mana kelakuan mereka, sehodoh mana rupa mereka atau sekotor mana pakaian mereka. Kita hanya perlu berserah kepada yang Satu. In shaa Allah Dia akan membantu kita seluruhnya. :')




Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.



Bermonolog sejenak. Cukup kot untuk kali ni.

Wednesday, February 27, 2013

Ia Bukan Mudah


These few days, few weeks, aku banyak fikir pasal hubungan. Bukan sebab aku nak jadi jiwang tapi sebab aku taknak buang masa dengan hubungan yang tiada matlamat. Kadang-kadang aku jadi takut nak tulis panjang sebab takut nanti orang tersalah faham sebab biasanya yang faham apa cerita yang berlaku dalam kisah aku ni cuma aku sorang je. But I keep on writing on those kind of things. Yela, bila kepala dah berserabut, nak mengadu kat siapa pun aku tak tahu, nak bercakap dengan siapa pun tak tahu, ayat-ayat yang tertulis tu semuanya jadi mengarut. Walaupun ada masa aku ni takda idea, tapi bilamana tangan aku mula menaip kat keyboard ni, macam-macam cerita yang keluar. Dan sebab tu jugak la ada sebahagian tulisan aku tu macam tak habis cerita sebab dah tak larat nak perah otak.


Tak semudah ABC


Beberapa hari kebelakangan ni aku cuba untuk buat perubahan. Aku tahu ada pelbagai halangan depan mata aku sekarang ni. Kena buat tugasan dengan perasaan yang sungguh malas, kena interview tiba-tiba, kena itu, kena ini dan macam-macam lah. Tak mati aku ditimpa hujan, tak cair aku dipanah mentari. Biasalah tu, memang dah lumrah kehidupan ada masalah ada kegembiraan. Kalau gembira sokmo tak dipanggil kehidupan namanya. Mudah.

Ada yang kata, untuk kita mudah mencapai suatu matlamat tu kita kena visualize dulu setiap perinciannya. Betul. Tak silap pun. Sedangkan Albert Einstein, yahudi laknatullah yang dikatakan manusia paling genius di alam maya ni pun pernah berkata, 'Imagination is better than education'. Betul ke? ke salah? Biarlah, peduli apa, aku takde bantuan google tatkala aku menulis ni jadi cacamerba la sikit. Betul, kita kena visualkan kadangkala semua matlamat kita tu dan tujuannya ialah untuk menaikkan semangat. Bila semangat dah membara, rambut pun dah jadi macam Super Saiya, kita punya goal tu terasa dekat sangat depan mata. Itulah sebenarnya yang membuatkan kita rasa mudah untuk mencapai matlamat kita tu. Konsep yang senang nak diterima akal.

Tapi senang di mata orang, belum tentu senang di mata kita. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Kejayaan tu bukan dengan petikan jari, bukan datang sekelip mata. Kalau kita ada bergulung ijazah pun, kalau sendiri malas nak usaha, pun tak jadi jugak. Kalau kita berkerjaya hebat, tapi sendiri ambil mudah setiap perkara, pun tak jadi juga. Kena selalu ingat bahawa kejayaan tu bukan sekadar belajar tinggi, bukan sekadar berkerja hebat, tanpa usaha dan yang lebih penting tawakkal, belum tentu kita boleh berjaya. Kejayaan tu menuntut bermacam-macam syarat. Masa, doa, usaha, ikhtiar, tawakkal, semua tu perlu ada dalam satu pakej, tak boleh tinggal salah satu, tak boleh ambil salah satu, semua mesti ada sekali. Allah tu yang memberi rezeki, bukan ijazah, bukan syarikat, bukan jugak kerajaan. Semua datang daripada-Nya, jadi perlu ada penyerahan jugak kepada-Nya. A simple fact which not everyone can do, terutama bila diberikan sedikit nikmat.

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Tanpa usaha, dan tawakkal, tak mungkin satu kejayaan tu akan dapat dicapai. Jadi jangan anggap semua benda itu mudah. It may looks easy but it's not that easy actually. I pray hard, I play hard. Harap-harap kerja keras ni akan berbalas tak lama lagi. Inshaa Allah. 



Tuesday, February 5, 2013

Makan Hati ?


Aku suka makan hati. Aku selalu makan hati. Aku suka makan hati ayam yang digoreng, aku suka makan hati lembu dalam rendang tu, dan aku jugak selalu makan hati sendiri. Doktor nasihatkan aku jangan makan hati sangat sebab nanti akan memudaratkan kesihatan. Tula, ada masa aku rasa agak tertekan la jugak tapi aku tahan je lah, makan hati. Aku tak boleh nak paksa semua orang untuk ikut kehendak aku, malahan untuk ikut kehendak diorang sendiri pun aku tak boleh paksa. Itukan hak individu sendiri. Aku tak retilah nak suruh orang buat itu ini, nanti orang cakap aku nak control. Tapi bila aku tak bertegas, orang akan cakap aku ni terlalu mengikut, macam lemah sangat. So, what the hell should I do? Makan hati lah! :O


Sebenarnya aku dapat rasakan bahawasanya satu hari nanti aku akan mati sakit jantung sebab banyak sangat tahan rasa dalam hati. Kata orang aku ni terlalu berdiam, terlalu sabar (kononnye), terlalu beri peluang. Bagi aku itu bukan hal susah pun, what you give you get back. Aku pun dah biasa makan hati dengan segala benda. Hal kawan-kawan, hal keluarga, hal hidup, dan macam-macam lagi. Daripada rasa sakit sampai menggigil tangan sampai sekarang ni dah terbiasa dengan keadaan tu semua. Nak buat macam mana, orang lain pun ada hati dan perasaan jugak sama macam aku, masing-masing pun nanti akan ada terasa juga lambat laun, jadi biarkan sahajalah. Nak berbalas pun tak guna, nak memberontak pun tak ada faedah. Lagipun, sabar tu kan sebahagian daripada cabang iman, apa salahnya kalau bersabar sikit dalam beberapa hal, dan Allah akan bagi kebahagiaan dalam beberapa hal yang lain pula, InsyaAllah. So, ape nak berkira sangat pun, kan?


Aku lapar. Aku nak makan hati.


Soal makan hati, terasa hati, touching lebih dan sebagainya ni sebenarnya hal remeh je. If you can hold your patience on something, then it shouldn't be a problem for you to be patience on some other things too. Am I right? Apa nak dikisahkan sangat dengan hati. Yela, walaupun aku pernah dengar kisah Ismail Lepat yang mengalami patah hati yang maha dahsyat sampaikan sebahagian daripada organ badan dia rosak dan terpaksa dibuang, itu tak bermakna setakat nak bersabar sikit tu tak boleh. Sekali-sekala makan hati pun sedap jugak walaupun bikin panas kat dalam. Semua manusia tu, walau seganas mana pun muka dia, walau seburuk jin sekalipun perangai dia, jauh dalam hati dia pun ada taman jugak. Sekali-sekala kena la layankan rasa hati tu sikit, bagi pedih sikit hati tu. Kalau macam aku ni dah terbiasa, so takdehal sangat pun. Kadang-kadang aku terfikir yang aku selalu makan hati ni pun sebab mungkin dulu aku pernah buat kat orang, so terimalah padahnya, dah mendapat dah. Takpalah, aku ni letih dah nak berdendam, takda faedah pun, jadi aku tak nak tunggu balasan yang orang tu dapat tapi aku menanti ganjaran yang aku bakal dapat. Kalau dalam Islam, Allah dah janjikan setiap satu perbuatan baik yang kita lakukan tu akan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang lain. Jadi, buat apa nak simpan dendam dan berdengki, kan?


Aku ni jenis manusia yang kawan-kawan aku labelkan sebagai "takda perasaan". Orang buat itu ini, orang carik pasal sana sini, orang bikin hal situ sini, tapi aku boleh buat bodoh, buat tak tahu. Betul aku memang banyak makan hati. Ada masanya aku rasa aku ni terlalu feminin (aku tak faham maksud perkataan ni tapi macam gedik sikit bunyi) sebab sikit punya hal pun aku nak terasa. Tu belum kira aku punya negative thinking syndrome, belum campur jealousy factor lagi. Ya, ada masa aku cemburu, ada masa aku sakit hati, tapi buat masa ni aku rasa tangan ni terikat kemas dan mulut aku ni terkunci untuk menyatakan hal-hal macam tu, taknak nanti berlarutan jadi benda yang lebih teruk. Tak apa, biar aku makan hati asalkan aku tak sakitkan hati orang. Kalau rosak organ dalaman aku ni pun sekurang-kurangnya aku tahu aku tak sakitkan hati orang. Nabi kata tak cukup beriman seorang tu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Konsepnya mudah dan senang. Aku tahu sakit hati tu pedih, jadi disebabkan kasih sayang la aku rela makan hati supaya orang yang aku sayang tu tak sakit hati. Yela, kalau tak nanti takut hal makin kronik jadi, bila dah ada pengalaman boleh la nak cerita. Jadi kesimpulannya, kalau setakat makan hati sikit tu tak perlulah berkira sangat. Aku ni dah bermacam jenis hati aku dah makan, sampai ada masa yang aku akan rasa sakit perut setiap kali aku pendamkan rasa hati, tapi aku tetap telan jugak. InsyaAllah, Allah akan balas dengan 10 kali ganda kebaikan lagi. Jadi, sekali sekala bercucuk tanamlah dalam hati tu. Tak rugi pun kita jaga air muka orang lain, tak rugi pun kita makan hati, paling tidak pun mungkin sakit and mati je. Haha. Just kidding ok!



Maaf kerana aku juga manusia biasa, SAKIT bila DISAKITI. Maafkan aku kerana memarahi.

Wednesday, January 30, 2013

Aku Akan Ingat .


Baru aku faham bagaimana rasa sunyi itu boleh bersarang dalam jiwa, pedih dengan duri harapan. Aku silap. Sekali lagi tersilap. Jangan mudah berharap bahawa situasi akan menjadi lebih baik.



Engkau takkan tahu apa yang aku rasa - datang pada aku bila engkau sunyi, pergi dari aku bila engkau dapat apa yang engkau mahukan selama ini, lalu segalanya akan berulang kembali bagaikan aku ini makhluk tiada hati, apa makna sebuah kata-kata jika datang daripada pihak yang senang berubah hati ?

Tapi terima kasih, kerana telah mengajar aku apa erti hipokrasi. Aku selepas ini akan lebih banyak belajar lagi. Belajar lebih banyak lagi, agar tidak mahu mengulang kesilapan lalu.

Benarkan aku berehat. Benarkan aku tinggalkan ini semua seketika. Aku akan pulang bila aku kuat. Aku akan pulang bila aku tabah. Aku akan pulang bila kita semua saling merindukan.




" Hidup mesti diteruskan, whether you like it or not because what will happen tomorrow, we will never know... Special sorry to someone who always close to my heart.. my family, my friends."


Friday, November 9, 2012

Problems Don't Always Bring Sorrows


Alhamdulillah.. feeling grateful and thankful to Allah for giving me another chance to live in this world as a strong wanita. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


I thought when I am somewhere, I won't be facing any problem. In fact, there's a lot more. Well, betul kata orang, Allah itu menguji dalam kita sedar atau tak sedar. Actually, all these problems that I'm facing make me feel that I'm stronger, yet bold. In other words, make me feel more protective towards my dearest and nearest ones. Alhamdulillah, say Alhamdulillah each time you are having problems. That's a greatest therapy for us all the time.



Alhamdulillah dapat jugak menghirup cool blog sebentar ye.


Nak kata aku ini ustazah, bukan.. Alim ulama', jauh sekali. Tetapi aku rasa bersyukur kerana aku masih ada kekuatan dalam diri ini. Terima kasih Allah! Aku ni banyak kekurangan, maka aku berdoa semoga aku diberi kekuatan untuk berubah, walaupun bukan secara drastik, tetapi perlahan itu sudah cukup memadai...asalkan istiqamah... Bagi sesiapa yang asyik tekanan, ingatlah, bahawa ada yang lebih teruk dari apa yang kita hadapi sekarang. Bila kita di atas, sesekali lihatlah yang di bawah. Waktu tu barulah kita sedar kita tidaklah seteruk yang kita sangkakan sebab ada yang lebih teruk di bawah kita nun.



Okay, orang tentu bosan dengan blog aku yang entah apa-apa ni. Maaf jika ada bahasa yang rosak, tiada niat sama sekali. Recently, aku ada satu sad news. Kucing aku yang comel macam harimau tu baru je kembali ke rahmatullah lebih kurang dua minggu lepas kot. Atet nama dia. isk isk. Sedih memang sedih. Tapi hidup ni harus diteruskan jua. Meh aku tunjuk muka arwah sebagai tatapan buat kenang-kenangan. 




Semoga engkau bahagia di alam sana. muah muah ! :'(






Sunday, September 30, 2012

Warkah untuk calon suami ku ...


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ke hadapan calon suamiku...

Apa khabarnya dirimu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali dunia yang fana ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?

Wahai calon suamiku...

Kadangkala aku tertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku, bahagian terlemah dalam diriku. Namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi lebih kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memilikiku sebagai surimu, menemani hari-harimu.

Calon suamiku yang dikasihi...

Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah juga menyayangimu sebagaimana Dia menyayangiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga kelak kita bertemu, aku berbangga memilikimu sebagai suamiku, menemani hari-hariku. Apa yang aku harapkan daripadamu adalah kesolehan, bukan harta, bukan juga kesempurnaan paras rupa. Kerana apabila kesempurnaan paras rupa yang aku harapkan daripadamu, aku tahu hanya kesia-siaan yang aku dapatkan.

Wahai calon suamiku...

Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan ibuku, tidak lain doaku agar sentiasa menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi jika Allah dan Rasulullah yang lebih engkau cintai berbanding diriku, aku rela.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah, “Aku minta pada Allah sekuntum bunga yang wangi dan segar, namun Dia memberiku sebatang kaktus berduri. Aku minta pada Allah seekor haiwan yang kecil dan cantik, namun Dia memberiku seekor ulat. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.




Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik. Itulah Allah. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.”

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan meski bukan seperti yang aku harapkan.


Calon suamiku yang dirahmati Allah...

Apabila hanya sebuah pondok kecil menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia pondok derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah jika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Jika kelak lahirnya generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantulah aku menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah, mendidiknya dengan harta yang halal dan dengan ilmu yang bermanfaat.

Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam hidupku. Aku juga sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidak-tidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku...

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, begitu juga diriku yang akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku menghembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thursday, August 23, 2012

Sedih kan?

Assalamu'alaikum WBT...
Salam 6 Syawal 1433H... bulan yang penuh berkat...


Sedih bila kita tak mampu jadi apa yang kita mahu jadi kan?
Sedih juga bila orang yang kita sayang tak tahu betapa kita sayang kan dia...
Sedih juga bila mak ayah kita tak beri kita apa yang kita nak...
Sedih juga bila kita tak mampu buat apa yang kita nak buat...
Sedih juga bila result peperiksaan kita jauh dari yang kita expect...
Sedih juga kan bila kita tak berjaya macam orang lain...
Sedih juga kan bila ramai orang yang kutuk keji kita macam-macam...
Sedih juga kan bila si dia selalu tak ada masa untuk kita...
Sedih kan bila gaji kita tak setimpal dengan apa yang kita dah buat...
Sedih kan bila kita terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang...
Sedih kan? Sedih kan bila kita selalu rasa diri kita adalah insan yang paling malang dan kecewa di dunia...

TAPI.....
Pernah tak kita sedih bila dapat bunga/hadiah dari si dia?
Pernah tak kita sedih bila mak ayah kita berikan kita hadiah yang tak di sangka-sangka.. iPad misalnya...
Pernah tak kita sedih bila kita dapat markah lebih baik dari orang lain?
Pernah tak kita sedih bila Allah bagi kita ketenangan dan kebahagiaan?
Pernah tak kita sedih dan menangis masa kita sedang gembira?
Pernah tak kita sujud syukur pada Allah atas nikmat yang kita dapat?
Pernah tak kita sedih sebab kita dapat sambung belajar diploma,ijazah atau sarjana?
Dan atas dari segalanya...
Tidak pernahkah kita rasa sedih kalau-kalau Allah dah lupakan kita dengan berikan kita nikmat yang melimpah ruah sampaikan kita senang alpa pada Nya??
Agak-agaknya lah kan...kalau kita dapat tahu bahawa ketika kita hidup di dunia sambil bergelak ketawa tiba-tiba kita tahu bahawa tempat kita di neraka paling bawah...adakah kita masih akan bergelak ketawa tak ingat dunia?
Alangkah sedihnya kan? :')

# sekadar renungan bersama di Hari Jumaat Sayyidul Ayyam 

Thursday, June 14, 2012

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci...


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.


Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisikan telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan... Cintai, sayangi... Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"


Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.


Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.


Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata Ustaz Azhar Idrus: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"


Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu nampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu nampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah, bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.


Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU.. ='(

Thursday, February 9, 2012

LIMA Perkara Yang Wanita Ingin Dari Lelaki



MASA DEPAN

Wanita ingin merasa dirinya penting. Jika mereka dah betul-betul serius dalam sesuatu hubungan, mereka ni tak akan berhenti merancang masa depan diorang. Complete dengan nama-nama anak dan rumah idaman. Jadi, korang patut luangkan lebih masa dengan diorang ni. Tapi korang kena jugak bagi kebebasan kat diorang luangkan masa untuk keluarga dan kawan-kawan diorang.



KEJUJURAN

Wanita akan selalu meragui pasangannya disebabkan takut ditipu atau terlebih yakin. Lelaki patut jawab semua pertanyaan mereka meskipun itu soalan remeh seperti “ U rasa I ni makin gemuk ke?’, “dia tu lagi cun dari I ke ?“. Biarkan wanita tahu apa yang korang fikir sebab wanita akan lebih konfiden dan bangga dengan pasangan diorang kalau mengakui apa yang tak kena atau apa-apa je yang menganggu diorang.



RASA SELAMAT 

Korang tak perlu lah sampai bina badan untuk buat wanita rasa selamat. Selamat di sini bermaksud selamat dari segi kewangan, emosi, ataupun kebimbangan. Jadi lebih matang dan pertahankan dia. Biar dia tahu yang korang boleh buat keputusan dan tegas dengan keputusan tu. Kebanyakan wanita suka bila pasangan diorang sentiasa memimpin dan ada cara untuk melindungi diorang. Sentiasa bersama dengan diorang dalam keadaan yang sukar walaupun masalah tu berpunca dari diorang.



KASIH SAYANG


Semua wanita suka dijaga dengan baik dan dilayan secara istimewa. Korang patut periksa keadaan kekasih korang dari masa ke semasa walaupun tanpa sebab.Sentiasa lawati diorang walaupun diorang tak sakit dan luangkan masa untuk dia seperti masakkan makanan peveret dia ataupun baiki barang-barang dia, Wanita yang membesar tanpa ayah biasanya akan cari pasangan yang lebih tua sebab diorang perlukan lebih perhatian dan jagaan.




KEJUTAN


Kadang-kadang wanita mengharapkan terlalu banyak dari lelaki sebab tu diorang selalu kecewa. Sesekali buat lah kejutan (bukan kejutan elektrik) yang dia tak jangka akan ceriakan dia serta buat dia rasa lebih disayangi. Ini bergantung pada daya kreativiti korang lah.


Wanita ni sememangnya berbeza dari lelaki tapi sama ada lelaki atau wanita, kita semua ingin disayangi kan? Kadang-kadang perkara yang paling kecik pun boleh buatkan perbezaan yang besar.

Sunday, January 22, 2012

Let God Let it Go...


…sometimes, when you give up on someone, it’s not because you don’t care anymore, but rather because you realize they don’t.

Surat Untuk Engkau

Aku belum pernah lagi menulis sepucuk surat cinta yang unggul, yang nantinya akan mensyahdukan hati yang isi dan maknanya ditujui. Ia satu impian yang seringkali tersorok jauh dalam lubuk hati, yang kadangkala membuak-buak memercikkan perasaan yang selamanya tersimpan dalam seketul hati yang banyak memainkan peranan. Ah! Kenangan… selamanya ia akan tersisip kemas dalam ketulan itu, dan bila mana masa belayar, maka yang kelam jadi terang, yang kelabu jadi merah jambu.

Aku memang terlalu ingin melakarkan perasaanku ke atas lembaran penuh rasa cinta untuk engkau yang selalu ku rindu. Namun, entah bila dapat ku tunaikan hajat yang menggunung dan berapi ini. Entah bila lahar angau dapat dimuntahkan. Entah bila dapat ku yakinkan dikau betapa cintaku luhur, hanya untuk engkau, yang hadir bagai jawapan buat doa yang ku panjatkan. Memang aku pengemis, tanpa malu, aku akui. Pertama sekali akulah pengemis kasihnya Ilahi. Saban waktu aku mengharapkan pertolonganNya, aku mendambakan kasih dan rahmatNya. Tanpa malu-malu aku menadah tangan meminta itu dan ini daripadaNya. Ilahi ya Rabbi, Dialah Yang Maha Mengerti apa mahuku. Hanya kepadaNya aku berserah dan memohon perlindungan. Aku pernah meminta kepadaNya, agar dipertemukan dengan orang yang begini-begini. Dan Yang Maha Kuasa telah menerbitkan suatu rasa asing yang tak pernah ku alami terhadap insan lain. Suatu rasa aneh, yang dalam dan masih berpanjangan, alhamdulillah sehingga kini.

Dan aku telah memohon kepadaNya Yang Maha Pengasih, agar Dia suburkan rasa kasih dan sayang itu selagi nyawaku masih dikandung badan. Tamakkah aku kerana meminta-minta agar rasa itu subur mekar? Berdosakah aku mengharapkan agar Dia Yang Maha Penyayang memberkati kita dengan sebuah hubungan yang halal? Kerana aku ingin bersamamu merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Aku ingin bangkit bersamamu menuju kejayaan. Aku ingin berikan kasih sayangku kepada engkau selalu ku sebut dalam doaku. Izinkan lah aku memanggil mu kekasih…

Telah ku pasti engkaulah jawapan buat doaku. Justeru, aku menjadi pengemis cintamu. Aku mengemis kasihmu yang ku tahu terlalu mahal buatku. Maafkan aku seandainya engkau rimas dengan perakuanku. Maafkan aku kerana menyintaimu sepenuh hati. Dan rasa ini tidak pernah ku alami sebelum ini. Ia mungkin pelik, namun ia tulus.

kerana aku percaya, dalam menyinta, it's all or nothing.

Saturday, September 12, 2009

Di Mana Ada Benci, Biar Kita Membalasnya Dengan Sayang

Aku agak tertarik dengan tazkirah oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Bicaranya berkenaan dengan perkongsian rahmat yang kita terima daripada Allah s.w.t. Menurut beliau, rahmat yang dikurniakan kepada kita sepatutnya dikongsi bersama.

Berikut antara persoalan yang aku kutip dari tazkirahnya untuk direnungi bersama.

  • Sudah banyak kita mendapat nikmat daripadaNya tetapi jarang sekali kita memberikan waktu untuk menghitungnya, jauh sekali membalasnya.
  • Setiap hari, kita tak pernah lupa mengambil sarapan. Tetapi kenapa kita tak mengambil kesempatan menggunakan beberapa minit untuk memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah sebagai 'vitamin' sebelum memulakan kerja atau menunaikan tugas seharian?
  • Cuba tanya hati kita, apakah nikmat yang sudah kita perolehi sepanjang hari ini?
  • Sudahkah kita sayangi ibu bapa, keluarga, teman-teman dan rakan-rakan di sekeliling kita?
Berikut adalah antara ciri-ciri golongan pengasih yang akan dikasihi oleh Allah yang Maha Pengasih. Mudah-mudahan kita juga memiliki ciri-ciri ini. . .

  • Di mana ada benci, biar kita membalasnya dengan sayang.
  • Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.
  • Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.
  • Di mana ada putus asa, di situ kita yang jadi pembangkit semangat.
  • Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.
  • Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya. . .
Renungkanlah bersama . .
Wallahu'alam . . .