Monday, October 28, 2013

To Be Honest Or Keep On Hypocrite ?



Oleh kerana aku berfikir menggunakan otak dan bukannya kaki,


aku begitu sedar bahawa pola pemikiran mereka begitu tipikal atau terhad. Terlalu mudah untuk dijangka. Terlalu mudah untuk dijadikan bahan ketawa, tetapi terlalu sukar untuk difahami. Selalunya aku akan tergelak apabila melihat gelagat mereka, lalu selepas berfikir secara teliti, aku berasa sedih. Simpati.


Kasihan. Apa yang mereka mahukan hanyalah kebahagiaan. Sesuatu yang mampu membahagiakan diri mereka selepas sekian lama terseksa dalam realiti yang semakin memeritkan. Suatu bentuk 'escapism' yang diwujudkan dalam dunia maya setelah sekian lama tidak selesa atau tertekan dengan keadaan realiti sekeliling.  Facebook, Instagram dan sebagainya dijadikan tempat pembinaan diri yang mereka impikan. Merekalah raja, merekalah ratu, segala yang difikirkan berkisar tentang mereka.  Mereka boleh jadi apa sahaja yang mereka mahukan di dalam dunia maya ini. Yang dipuji akan termakan, yang memuji akan memakan. Yang lemah akan ditindas, yang kuat akan bermaharajalela.


Sampai terlupa apa makna kemasyarakatan. Terlupa makna kemanusiaan sejagat, sebab sibuk mementingkan diri. Terlupa segalanya. Terlupa diri mereka yang sebenarnya.


Apa yang kita perlukan hanyalah kesedaran supaya tak perlu mementingkan diri sendiri sahaja untuk kesenangan diri sendiri. Kita perlukan kesedaran untuk berwaspada dengan setiap watak yang hadir dalam hidup kita, kerana topeng-topeng wajah mereka mampu menipu kita, membuatkan kita terpedaya.



Kita jangan lupa diri kita siapa. Jadilah diri sendiri yang sebenar. Ni lah diri aku yang sebenar. Aku tak kisah apa orang lain nak cakap. Lantaklah !